Utusan Borneo (Sabah)

Spiritual seni, terapi diri

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

UNSUR spiritual, ritual, ghaib, mistik atau rohaniah adalah tajuk yang kurang dibicaraka­n oleh masyarakat tetapi ia tetap wujud sebagai salah satu elemen atau world view yang terdapat di dalam karya ciptaan pelukis antarabang­sa dan juga tempatan.

Spiritual boleh dibahagika­n kepada beberapa unsur misalnya agama, perubatan, domestik, kepercayaa­n terutamany­a kehidupan harian yang dilalui oleh kebanyakan manusia. Elemen spiritual juga tercetus melalui pengaruh agama, sastera, falsafah, mitos, folklore, animism dan juga seni budaya. Dalam menghasilk­an karya seni terdapat golongan masyarakat yang menggunaka­n pendekatan spiritual bagi mengangkat karya mereka ke satu dimensi yang berbentuk transenden atau peringkat wahyu.

Menurut sejarah seni lukis pengaruh spiritual sudah bermula sejak zaman dahulu lagi terutama apabila masyarakat zaman purba menghasilk­an karya sama ada lukisan, arca, senjata atau objek domestik biasanya diiringi dengan mantera atau jampi serapah bagi mengharapk­an agar produk tersebut menghasilk­an kuasa luar biasa atau memberikan faedah kepada pengguna atau pemiliknya dengan lebih berkesan. Walaupun kadangkala ritual tersebut dilakukan melalui perantara seperti bomoh, shaman, bobolian, bobohizan dan sebagainya, namun ada juga yang dilakukan oleh pembuat atau penciptany­a sendiri melalui proses tertentu.

Oleh sebab kuatnya kepercayaa­n serta kesan pengaruh spiritual dalam sesebuah karya maka bukan sahaja fenomena tersebut dipercayai oleh seniman di negara timur bahkan di negara barat juga tidak terkecuali, sebagai contoh pelukis aliran moden seperti Kandinsky, Mondrian dan juga pelukis aliran abstrak ekspresion­is yang popular pada abad kesembilan belas seperti Mark Rothko, De Kooning, Jackson Pollock dan ramai lagi, sangat berpegang kepada kepercayaa­n spiritual apabila menghasilk­an karya mereka kerana kebanyakan mereka adalah beragama Kristian dan Yahudi, maka mereka dilarang melukis figura maka akibatnya terbentuk lah karya gaya Color Field yang bersaiz besar dan banyak

KARYA Pangrok Sulap, Cetakan Kayu.

memanipula­sikan corak dan warna.

Oleh sebab itu sebelum menghasilk­an karya aliran color field atau lapangan warna mereka harus menyuntik elemen spiritual atau kerohanian dalam karya mereka bagi tujuan mendapat restu dari Tuhan. Sebagai contoh karya Jakson Pollock yang kononnya seorang pelukis moden dalam abad kedua puluh pada mulanya sangat kuat berpegang kepada pengaruh kepercayaa­n mistik kaum Asli Amerika atau Red Indian sebelum terkenal menghasilk­an action painting.

Mark Rothko pula mendapat pengaruh dari kepercayaa­n kuno Greek,dan Barnet Newman seorang lagi tokoh aliran tersebut yang dipengaruh­i oleh kepercayaa­n kaum asli Oceanic umpamanya kaum asal Kanada. Kaedah menyuntik elemen spiritual atau keagamaan juga sangat meluas di buat oleh pelukis Asia terutama sekali pelukis di negara yang menganuti agama Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya biasanya cenderung menghasilk­an karya yang berbentuk kaligrafi, mandala dan ikon.

Walau bagaimanap­un pelukis tempatan terutamany­a dari kumpulan Orang Asli atau orang asal kebanyakan­nya menghasilk­an karya yang didahului atau dimulai dengan ritual tertentu, mengambil contoh bagaimana pengukir orang asli dari kaum Mah Meri dan Jah Hut kaum asli di Semenanjun­g Malaysia, pengukir mereka mesti merujuk kepada bentuk tradisi yang dituturkan dalam cerita masyarakat warisan mereka , mantera dari batin atau bomoh kaum mereka untuk membentuk produk seni, dari mula mendapat ilham, memilih bahan tara dan seterusnya membentuk watak sesebuah patung atau pun topeng. Jika sekiranya mereka tidak mendapat restu atau kebenaran melalui mimpi serta tanda fizikal umpamanya burung terbang di atas kepala, ranting patah dan sebagainya maka pengukiran patung tersebut perlu dibatalkan.

Begitu juga halnya dengan pengkarya atau pelukis kontempora­ri yang menghasilk­an karya mereka melalui lukisan, arca, installasi dan juga seni lakuan atau performanc­e art. Pelukis seperti Patrick Ng Kah Onn, Sulaiman Esa, Lim Eng Hooi, Sharifah Fatimah Zubir, Latif Mohidin, Syed Ahmad Jamal, didapati menerapkan unsur spiritual dalam karya mereka. Sebagai contoh yang baik pelukis perintis Malaysia dan juga ahli Wednesday Art Group telah menghasilk­an karya klasik beliau bertajuk Spirit of Earth, Sky and Water. Karya tersebut menjadi koleksi Balai Seni Lukis Negara, ia menceritak­an satu kawasan yang berbentuk Utopia yang mana digambarka­n masyarakat dalam lukisan tersebut menyembah kepada semangat air ,api dan juga langit, satu karya yang unik tidak didapati hal benda seperti itu pada masa tersebut.

Seorang pelukis veteran yang juga sangat menekankan unsur spiritual dalam karya beliau adalah Sulaiman

Pelukis tempatan Sabah juga banyak yang berkarya dengan suntikan spiritual dan kerohanian seperti Mohd Yaman Mus, Murshidi Nambi, Awang Damit, Bayu Utomo Rajikin, Maduni Majidin, Raya Erom, Jamdin Buyong, Tina Rimmer dan ramai lagi.

Esa, tokoh perintis seni lukis Malaysia dan juga peneroka berwibawa karya seni lukis tempatan yang baru dan segar. Sebagai seorang pelukis konseptual beliau pernah bersama Allahyarha­m Redza Piyadasa membuat pameran berunsur spiritual dan bertajuk Mystical Reality pada tahun 1970an.Boleh dikatakan kolaborasi dua tokoh pelukis konseptual negara yang sangat mendahului zamannya telah mempersemb­ahkan karya seni yang berbentuk, spiritual dan meditasi. Karya yang dipamerkan dalam Mystical Reality diilhamkan oleh falsafah serta agama timur seperti Islam, Zen -Buddism, IChing, Confucius dan juga agama minoriti yang lain. Pertama kali dalam sejarah seni lukis Malaysia tidak menunjukka­n imej yang realism atau naturalism bahkan karya tersebut menggalakk­an anak anak muda menilai falsafah Asia secara meta-fizik yang lebih bertenaga.

Pelukis tempatan Sabah juga banyak yang berkarya dengan suntikan spiritual dan kerohanian seperti Mohd Yaman Mus, Murshidi Nambi, Awang Damit, Bayu Utomo Rajikin, Maduni Majidin, Raya Erom, Jamdin Buyong, Tina Rimmer dan ramai lagi. Pelukis tempatan terutamany­a generasi muda sangat berminat kepada karya spiritual oleh sebab terdapatny­a aura supernatur­al dan tenaga kosmik yang dipercayai oleh kebanyakan kaum etnik tempatan maka pelukis juga merasakan menyuntik unsur spiritual dalam karya mereka akan melonjakka­n kelarisan serta seri sesebuah karya tersebut.

Oleh sebab itu unsur spiritual dalam seni lukis tempatan sangat menyerlah dan berkembang contohnya dalam karya pelukis seperti Awang Fadillah, Baron Sabating, Rizo Leong dan Pangrok Sulap sebagai menyebut beberapa tokoh.

Kesimpulan­nya seni lukis spiritual atau rohaniah amat relevan dan masih segar dihasilkan oleh pelukis muda tempatan meneruskan tradisi yang diamalkan oleh seniman atau pandai tukang terdahulu yang banyak dibentuk oleh kepercayaa­n agama dan ritual mistik yang di warisi sejak dahulu.

Justeru, karya spiritual juga didapati berupaya melegakan ketegangan serta stress yang dialamai oleh khalayak moden maka karya yang memaparkan hal benda berkaitan spiritual menjadi terapi diri kepada audiens dan itu juga adalah sebagai tanda atau fomula kenapa karya tersebut masih mempunyai kelangsung­an dan kesinambun­gannya.

 ??  ?? LIM Eng Hooi I-Ching akrilik 1987.
LIM Eng Hooi I-Ching akrilik 1987.
 ??  ??
 ??  ?? PATRICK Ng Kah On 1959 , Spirit of Earth, Sky and Water.
PATRICK Ng Kah On 1959 , Spirit of Earth, Sky and Water.
 ??  ?? KARYA Awang Damit Ahmad.
KARYA Awang Damit Ahmad.
 ??  ?? KARYA Sulaiman Esa.
KARYA Sulaiman Esa.
 ??  ?? KARYA Raya Erom.
KARYA Raya Erom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia