Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan menang besar

Sokongan padu kepada calon-calon BN S’wak pada PRU14 akan permudah pentadbira­n negeri: KM

-

BINTANGOR: Pastikan calon-calon Barisan Nasional (BN) Sarawak menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ) ini untuk mempermuda­hkan urusan pentadbira­n negeri pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sokongan padu rakyat amat penting terutama dalam usaha mengembali­kan hak-hak Sarawak yang terhakis secara sengaja ataupun tidak sengaja daripada kerajaan persekutua­n.

“Gunakan peluang yang ada ini umtuk memilih calon yang betul-betul mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjuang bersama kita, dalam mengejar pembanguna­n dan memperjuan­gkan hak kita mengikut landasan yang betul.

“Oleh itu, kita mahu masyarakat memberikan sokongan tersebut kepada calon BN yang ternyata berada di landasan betul dan mempunyai kesungguha­n jitu untuk berjuang bersama rakyat dalam semua perkara.

“Jangan memperjudi­kan nasib kepada pihak yang belum kita tahu hala tuju perjuangan mereka. Jika kerajaan BN, kita sudah tahu kerana ia telah dibuktikan selama ini dengan membawa banyak kemajuan dan pembanguna­n merangkumi pelbagai aspek kepada rakyat tidak mengira di mana mereka berada ataupun fahaman politik mereka,” ujarnya.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Meradong di pekarangan Masjid Darul Taqwa Bintangor di sini, pada Selasa.

Menurut Abang Johari, dalam memperjuan­g hakhak Sarawak, kerajaan negeri bukan omong kosong, sebaliknya menggunaka­n akta, perlembaga­an dan undang-undang yang telah dibentuk sebelum ini.

“Kita serius dalam perkara ini. Oleh itu, dalam memastikan hak kita dapat dikembalik­an dengan segera,kita mahu rakyat Sarawak berdiri teguh di belakang kita dengan memberikan kepercayaa­n kepada calon dan kerajaan BN untuk terus memimpin negeri ini,” tegas Abang Johari.

Pada majlis itu, Abang J oh ari turut meluluskan peruntukan RM5 juta untuk membina jalan baharu sepanjang lima kilometer menghubung­kan Sarikei dengan kawasan Mupong, dekat sini.

Selain itu katanya, sejumlah RM450,000 turut diluluskan untuk membina Surau Taman Bintang dan kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah ‘agropark’ di kawasan Sungai Sian yang bakal merancakka­n lagi aktiviti agropolita­n di kawasan ini.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dalam ucapan alu-aluannya berharap sokongan penuh masyarakat Bumiputera di kawasan itu akan diberikan kepada calon BN.

“Kini kita berada di landasan yang betul kerana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan ini seperti DUN Meradong, DUN Repok, DUN Semop, DUN Kuala Rajang dan DUN Daro telah menjadi milik BN.

“Maka itu, kita berharap akan mampu merampas semula kerusi Parlimen Sarikei daripada parti pembangkan­g untuk memudahkan kita bersatu dan bergerak sebumbung bagi memajukan kawasan ini,” katanya.

“Gunakan peluang yang ada ini umtuk memilih calon yang betul-betul mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjuang bersama kita, dalam mengejar pembanguna­n dan memperjuan­gkan hak ” kita mengikut landasan yang betul. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari menyampaik­an Warta Tanah Rizab Kampung Muhibah kepada Ketua Kampung Muhibah, Juhar Mi pada majlis tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Yusuf, Huang, Abdullah, Len Talif, Ding dan Lo.
ABANG Johari menyampaik­an Warta Tanah Rizab Kampung Muhibah kepada Ketua Kampung Muhibah, Juhar Mi pada majlis tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Yusuf, Huang, Abdullah, Len Talif, Ding dan Lo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia