Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki dipercayai jual syabu dicekup

-

LAWAS: Tiga lelaki dicekup selepas dipercayai terlibat aktiviti penjualan syabu di kawasan Ulu Merapok dan Purusia, Trusan dalam serbuan di Pos Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Merapok, Lawas petang Khamis.

Ketiga-tiga suspek yang juga penganggur dari Kampung Surabaya Lawas, Long Tengoa dan Purusia, Trusan berusia 26 hingga 37 tahun ditahan jam 3.30 petang dalam satu pemeriksan polis di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemeriksaa­n dijalankan ke atas mereka yang menaiki sebuah kereta berwarna perak.

“Pemeriksaa­n dijalankan kerana mereka disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, hasil pemeriksaa­n satu peket plastik lutsinar berisi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu ditemui dalam poket hadapan sebelah kanan seluar pendek warna hitam yang dipakai salah seorang suspek.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas kenderaan tersebut kita menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu yang disorok di dalam helmet warna putih yang diletakkan di atas tempat duduk bahagian belakang kenderaan itu,”katanya.

Abang Zainal berkata, berat syabu yang dirampas 5.20 gram dengan nilai rampasan RM1,350.

Kesemua suspek juga positif Methampeta­mine hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan terhadap mereka.

“Salah seorang suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung dadah dan mereka ditahan dilokap Balai Polis Lawas untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) ADB 1952,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia