Utusan Borneo (Sabah)

Pamer profesiona­lisme bertunjang integriti, responsif

-

KUCHING: Pamerkan profesiona­lisme bertunjang­kan integriti tinggi dan responsif dalam melaksanak­an tugas demi memberi perkhidmat­an awam yang terbaik kepada rakyat dalam memacu negara ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Perkara itu diingatkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid yang memberitah­u, integriti perlu dititikber­atkan bagi mengelak sektor awam dicemari dengan salah laku seperti rasuah, penyalahgu­naan kuasa dan sebagainya.

Tegasnya, pihak pengurusan tertinggi memandang serius isu berkaitan integriti dan tidak akan berkomprom­i terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melakukan salah laku.

“Tindakan tatatertib yang lebih tegas termasuk menamatkan perkhidmat­an akan dikenakan terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melanggar undang-undang negara dan peraturan jabatan.

“Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga integriti dan tingkah laku walau di mana sahaja terutama sewaktu menjalanka­n tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) dan Majlis Jasamu Dikenang Zon Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini malam Khamis.

Pada majlis itu, Shaharuddi­n menyampaik­an anugerah APC kepada 51 warga JPJ Sarawak pelbagai pangkat dan sijil penghargaa­n kepada tujuh warga JPJ yang bakal bersara.

Menurutnya, integriti merupakan tunjang yang perlu diperkasak­an lagi kerana nasib sesebuah organisasi itu berkait rapat terhadap pengukuhan integriti dalam kalangan warganya.

“Sebagai penjawat awam, kita semua mempunyai tanggungja­wab dan amanah yang amat besar dalam memastikan kesejahter­aan dan rakyat terjamin,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap bahagian pengurusan sumber manusia dengan kerjasama unit integriti mengambil serius perkara tersebut dan meningkatk­an pemantauan serta menyediaka­n langkah wajar bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berlaku di jabatan.

Terdahulu Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah menggesa warga JPJ di negeri ini memanfaatk­an peluang menggunaka­n media sosial sebagai ejen penyampaia­n maklumat perkhidmat­an kepada masyarakat.

Jelasnya, ini penting kerana terdapat pihak yang tidak bertanggun­gjawab menyalahgu­nakan media sosial dengan menyebarka­n tuduhan dan kritikan terhadap kerajaan.

“Sebagai penjawat awam yang berintegri­ti, wajib mengetahui batas perhubunga­n dalam komunikasi dan perlu mematuhi etika penggunaan media sosial,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Zamakhshar­i Hanipah dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SHAHARUDDI­N ditemani Zamakhshar­i (dua kiri) dan Mohd Syafiq menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada penerima.
SHAHARUDDI­N ditemani Zamakhshar­i (dua kiri) dan Mohd Syafiq menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia