Utusan Borneo (Sabah)

Jualan Sentuhan Rakyat terus dapat sambutan Pengunjung alu-alukan inisiatif kerajaan ringankan beban rakyat

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN: Program Jualan Sentuhan Rakyat yang berlangsun­g di sini, terus mendapat sambutan oleh semua lapisan masyarakat khususnya kelompok berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Program yang berbentuk jualan barangan keperluan harian dan keperluan dapur dengan harga yang rendah itu terbukti mencapai objektif iaitu membantu rakyat mengurangk­an kos sara hidup.

Pengunjung Rosimah Jeckol berkata, inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan itu amat dialu- alukan oleh seluruh lapisan masyarakat bagi memperoleh barangan harian dengan harga lebih murah.

“Saya sebagai peniaga juga amat gembira kerana kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik untuk rakyat yang berpendapa­tan rendah mendapatka­n barangan keperluan dengan harga murah berbanding harga di pasar raya.

“Sudah tentu kami harapkan program seperti ini akan terus diadakan sekaligus mempelbaga­ikan lagi pilihan barangan,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Sentuhan Rakyat bersama Koperasi dan Program Sepakat Negaraku Peringkat Daerah Putatan tahun 2018, di sini pada Sabtu.

Selain itu, pengunjung yang berasal dari Kampung Duvanson Noraini Alias Abdul lah berkata, penganjura­n program berkenaan adalah usaha baik kerajaan bagi memberi peluang masyarakat membuat penjimatan berganda berbanding hari biasa.

Justeru katanya, peluang itu perlu direbut sebaik mungkin oleh semua masyarakat

“Saya sebagai peniaga juga amat gembira kerana kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik untuk rakyat yang berpendapa­tan rendah mendapatka­n barangan keperluan dengan harga murah berbanding harga di ” pasar raya ROSIMAH JECKOL Pengunjung

khususnya di di daerah Putatan ini memandangk­an harga barangan pada masa kini sudah melonjak naik jika dibandingk­an pada masa dahulu.

“Bila dimaklumka­n tentang jualan murah ini, saya bersama anak bergegas ke sini untuk melihat barangan keperluan yang dijual walaupun semakin sesak dengan kelibat orang.

“Ternyata, harga barangan yang dijual cukup murah untuk kami yang keluarga berpendapa­tan rendah.. kami amat berterima kasih dengan kerajaan yang cukup baik menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Dianggarka­n ribuan pengunjung hadir pada program berkenaan yang berlangsun­g seawal jam 7 pagi dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti pertanding­an sukaneka, mewarna kanakkanak Tadika, persembaha­n silap mata, nyanyian, gerai pameran, cabutan bertuah, dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, program itu juga akan membolehka­n rakyat memperoleh penjimatan kos lebih baik terhadap pembelian barangan seperti minyak masak, gula, beras, dan tepung.

“Menjelang Ramadan dan Syawal yang semakin hampir, permintaan ke atas barangan asas ini melambung tinggi.

“Oleh itu, dengan adanya program jualan seperti ini, kerajaan dapat membantu rakyat menangani perbelanja­an mereka dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau selaku Pengerusi Majlis Perundinga­n Koperasi Sabah (MPKN) turut melahirkan rasa bangga kepada gerakan koperasi di negeri ini yang juga terlibat sama menjayakan jualan murah, selain menjalinka­n kerjasama dengan syarikat perniagaan.

Katanya, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dipraktikk­an melalui penganjura­n program itu juga amat dialu-alukan dalam melaksanak­an program bernilai tinggi tetapi dengan menggunaka­n kos yang rendah.

Hadir sama ialah Penyandang Kerusi Parlimen Putat a n Datuk Makin @Marcus Mojigoh, Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Umar Sarim Saidin, dan Wakil Pengarah Penerangan Negeri Sabah Alias Jaafar.

 ??  ?? SUASANA yang penuh sesak dengan kehadiran pengunjung yang tidak henti-henti.
SUASANA yang penuh sesak dengan kehadiran pengunjung yang tidak henti-henti.
 ??  ?? YAHYA sedang meninjau gerai jualan beras pada program berkenaan.
YAHYA sedang meninjau gerai jualan beras pada program berkenaan.
 ??  ?? YAHYA (dua, kanan) bersama tetamu yang lain menyempurn­akan gimik perasmian Program Sentuhan Rakyat bersama Koperasi.
YAHYA (dua, kanan) bersama tetamu yang lain menyempurn­akan gimik perasmian Program Sentuhan Rakyat bersama Koperasi.
 ??  ?? YAHYA (dua, kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung.
YAHYA (dua, kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung.
 ??  ?? NORAINI bersama anaknya.
NORAINI bersama anaknya.
 ??  ?? ROSIMAH bersama suami beliau ketika mengunjung­i program berkenaan.
ROSIMAH bersama suami beliau ketika mengunjung­i program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia