Utusan Borneo (Sabah)

SP Setia cipta nama rangkul tiga Anugerah Emas

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR : Syarikat pemaju SP Setia sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan meraih tiga Anugerah Emas pada majlis Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2018 yang berlansung di Dubai barubaru ini.

Pada majlis anugerah tersebut SP Setia meraih anugerah bagi tiga kategori iaitu Rumah Mampu Milik menerusi Pangsapuri Seri Kasturi, sebuah projek di Setia Alam.

Anugerah kedua menerusi kategori Pelan Induk bagi projek Setia Eco Glades di Cyberjaya dan anugerah ketiga dalam kategori Pembanguna­n Mampan bagi projek Eco Sanctuary di Singapura.

Majlis penyampaia­n anugerah yang diadakan di majlis makan malam Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2018 ini telah dihadiri oleh 400 orang pemaju hartanah dari seluruh dunia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden FIABCI World, Farook Mahmood dari India, Presiden Jawatankua­sa FIABCI World Prx d’Excellence Awards, Profesor Chen Ming Cheu dari Taiwan, FIABCI World President Eléct, Assen Makedonov dari Bulgaria, Naib Presiden World FIABCI, Walid Moussa dari Lebanon dan lain-lain lagi.

Sebanyak 27 anugerah telah disampaika­n pada majlis tersebut termasuk 14 Anugerah Emas dan 13 Anugerah Perak yang telah dimenangi pemaju hartanah dari Taiwan, Malaysia, Hungary, Jerman, Indonesia, Singapura Vietnam, China dan Rusia.

Selain SP Setia, syarikat pemaju lain dari Malaysia yang telah menerima Anugerah Emas ialah Mangala Resort & Spa bagi Kategori Alam Sekitar (Rehabiliat­ation / Conservati­on) oleh Farm Resort (Gambang) Sdn Bhd, Eco Business Park 1 bagi Kategori Perindustr­ian oleh Ecoworld Developmen­t Group Bhd, Socso Tun Razak Rehabilita­tion Centre dalam Kategori Purpose Built oleh Anuar Aziz Architect dan 16 Quartz bagi Kategori Kediaman (Bangunan Rendah) oleh Mitraland Group.

Pada majlis sama, pemaju Malaysia yang berpangkal­an di luar negara turut memenangi Anugerah Emas seperti Gamuda City yang telah memenangi anugerah untuk projek Yen So Sewage Treatment yang terletak di Vietnam dalam kategori Pemulihara­an Alam Sekitar (Rehabiliat­ion / Conservati­on).

Manakala Selangor Dredging Bhd yang berpangkal­an di Singapura telah memenangi Anugerah Perak untuk projek Hijauan On Cavenagh bagi kategori Kategori Kediaman (Mid Rise).

Kesimpulan­nya, pemaju hartanah Malaysia sekali lagi membuktika­n bahawa kualiti mereka setaraf dengan pemaju hartanah antarabang­sa dengan memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabang­sa terutamany­a pada majlis Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2018.

 ??  ?? TAHNIAH buat para pemaju hartanah Malaysia yang mengharumk­an nama Malaysia pada majlis Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2018 di Dubai baru-baru ini.
TAHNIAH buat para pemaju hartanah Malaysia yang mengharumk­an nama Malaysia pada majlis Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2018 di Dubai baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia