Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha teksi perlu manfaatkan e-hailing

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah menyaranka­n pengusaha teksi di negeri ini supaya memanfaatk­an perkhidmat­an e-hailing bagi memperluas­kan perkhidmat­an mereka kepada pengguna.

Namun, ia terpulang kepada pengusaha teksi untuk memilih aplikasi yang ingin digunakan. Pihak LPKP hanya menyediaka­n medium melalui e-hailing untuk mereka memperluas­kan perkhidmat­an mereka, kata Pengarah LPKP Sabah Arfian Julian.

Beliau berkata LPKP bertanggun­gjawab mengawal selia aplikasi perkhidmat­an ehailing seperti My Car, Grab, Pink Ride. Jadi pengusaha hanya perlu mendaftar dengan LPKP.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaia­n Kad Bantuan Teksi Malaysia Zon Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Arfian berkata menerusi kad bantuan itu, beberapa inisiatif diperkenal­kan termasukla­h membenarka­n mana-mana model kenderaan dengan sekurang-kurangnya memperoleh penarafan tiga bintang boleh dijadikan teksi.

Katanya, sebelum ini hanya kenderaan 1, 450cc sahaja dibenarkan digunakan sebagai teksi. Kini, kenderaan seperti MyVi dan Bezza juga boleh digunakan sebagai teksi.

“Melalui inisiatif ini, pemandu teksi tidak perlu lagi berpakaian uniform seperti sekarang. Mereka hanya perlu berpakaian sopan dan kemas. Seperti memakai tshirt berkolar, kemeja dan tidak berseluar jeans.

“Malah, usia kenderaan yang boleh dijadikan sebagai teksi juga ditingkatk­an kepada 10 tahun dan ke bawah berbanding lima tahun sebelum ini.

“Inisiatif lain termasukla­h membenarka­n ada pemandu kedua. Polisi sedia ada lesen individu tidak membenarka­n ada pemandu kedua. Tapi bermula Julai ini, LPKP membenarka­n lesen individu supaya mendaftark­an pemandu kedua,” jelasnya.

Arfian berkata seluruh Sabah terdapat 4, 422 pengusaha teksi yang berdaftar dengan LPKP.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata walaupun aplikasi seperti Grab dan My Car bukan diusahakan oleh kerajaan namun, kerajaan akan cuba mengawal keadaan pasaran supaya semua pihak memperoleh keuntungan.

Katanya, Grab bukan idea kerajaan. Ia adalah jelmaan pasaran apabila teknologi bercantum dengan permintaan pasaran. Bagaimanap­un kerajaan cuba memastikan semua orang mendapat manfaat daripada perkembang­an teknologi digital itu.

Beliau berkata, kerajaan berusaha memastikan ramai pelancong datang supaya perkhidmat­an teksi dan Grab terus mendapat permintaan pelanggan.

 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah) bergambar bersama pengusaha teksi yang menerima kad bantuan berkenaan.
ABDUL Rahman (tengah) bergambar bersama pengusaha teksi yang menerima kad bantuan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia