Utusan Borneo (Sabah)

Pelarian Britain diberkas di Sepanyol

Dikehendak­i bagi penglibata­nnya dalam pembekalan dadah berskala besar: NCA

-

LONDON: Salah seorang pelarian paling dikehendak­i di Britain telah ditangkap oleh beberapa pegawai bersenjata di Barcelona kelmarin, kata Agensi Jenayah Negara (NCA) di United Kingdom.

Jamie Acourt, 41, dari London Selatan, dikehendak­i bagi penglibata­nnya dalam pembekalan dadah berskala besar, menurut NCA.

Acourt adalah seorang bekas suspek dalam siasatan pembunuhan Stephen Lawrence – satu pembunuhan yang mendorong perubahan besar kepada sikap dan pembentuka­n dasar Britain.

Putera Harry dan tunang beliau Meghan Markle telah menghadiri satu upacara penghormat­an pada Isnin lepas sempena ulang tahun ke-25 pembunuhan rasis remaja kulit hitam, yang ditikam hingga mati di sebuah perhentian bas di selatan London pada 1993.

Jamie Acourt tidak pernah dibicaraka­n dalam kes Lawrence dan terus menyatakan pengakuan tidak bersalahny­a.

Dia ditangkap dengan satu Waran Tangkap Eropah ketika dia meninggalk­an sebuah gim di Barcelona.

Acourt dijangka akan hadir di mahkamah di Madrid pada awal minggu depan bagi satu perbicaraa­n ekstradisi. “Acourt fikir dia boleh mengelak ditangkap namun hasil daripada operasi yang diketuai oleh perisikan hari-hari bagi dia dalam buruan telah berakhir,” kata Ian Cruxton, ketua operasi antarabang­sa NCA.

“Kami berjaya mengarahka­n pihak berkuasa Sepanyol ke lokasinya di Barcelona.

“Kemampuan kami untuk berkongsi maklumat dan bekerja dengan pantas bersama rakan antarabang­sa kami memastikan tiada kawasan selamat bagi pelarian. Kami tidak akan pernah berhenti memburu individu ini.”

NCA berkata dia adalah orang buruan yang ke-81 dikesan daripada 96 yang disiarkan melalui ‘Operation Captura’, yang menyasarka­n orang Britain paling dikehendak­i di Sepanyol.

Polis Metropolit­an di London menyatakan dalam satu kenyataan bahawa penahanan itu berkaitan dengan siasatan 2016.

 ??  ?? GAMBAR serahan NCA menunjukka­n Acourt selepas dia ditangkap pegawai bersenjata di Barcelona, Sepanyol kelmarin. — Gambar AFP
GAMBAR serahan NCA menunjukka­n Acourt selepas dia ditangkap pegawai bersenjata di Barcelona, Sepanyol kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia