Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Mexico rai santo penjaga pengedar dadah

-

CULIACAN: Selepas mencurahka­n wiski ke atas patung, peserta meletakkan sebuah topi besar di atas kepalanya dan membawa ia berarak di jala raya ketika sekumpulan pancaragam memainkan satu irama yang bising.

Ini adalah perayaan bagi Jesus Malverde, dianggap sebagai santo penjaga pengedar dadah, diadakan setiap tahun di bandar Culiacan di Mexico.

Culiacan merupakan bandar utama Sinaloa, pangkalan utama bagi salah satu kartel dadah paling berkuasa di negara ini.

Ia adalah juga kediaman bagi sebuah gereja dikhaskan kepada Malverde, seorang wira rakyat yang menurut legenda telah mencuri daripada golongan kaya untuk diberikan kepada golongan miskin di Sinaloa pada awal kurun ke-20.

Robin Hood Mexico adalah bukan santo Katolik sebenar – dan mungkin tidak benarbenar wujud – namun itu tidak menghalang pengikutny­a dari memenuhi gereja setiap tahun bagi menyambut ulang tahun kematianny­a: 3 Mei, 1909.

Membawa barang-barang persembaha­n, pengikutny­a memenuhi gereja tiga bilik, yang mana dindingnya ditutupi dengan wang kertas dan mesej berbentuk doa dan penghargaa­n.

Seorang lelaki memakai sepasang baju-T dengan wajah bermisai Malverde yang dilukiskan bersebelah­an dengan Joaquin “El Chapo” Guzman, ketua kartel Sinaloa, sekarang berada dalam penjara di Amerika Syarikat.

Penganjur kemudian mengalihka­n patung wira penjahat itu dari gereja dan membawa ia melalui jalan raya di atas hud sebuah trak pikap moden terkini, ketika lautan peserta mengekori sambil membawa kelengkapa­n Malverde yang keterlalua­n.

Perarakan melalui betulbetul di depan bangunan utama negara.

Pada satu ketika, seorang lelaki berhenti di depan patung dan menyalakan ganja sebagai penghormat­an.

Kultus Malverde adalah sebahagian daripada “budaya dadah” di Mexico, sebuah pergerakan yang meraikan pengedar dadah dan penjahat lain dengan nyanyian, perayaan keagamaan seperti ini dan barang-baran meliputi barangan kemas berbentuk senjata hingga lilin yang mempunyai wajah ketua dadah paling terkenal di negara ini.

 ?? — Gambar AFP ?? ORANG yang percaya mengambil bahagian dalam meraikan ulang tahun ke-109 kelahiran santo penjaga pengedar dadah, Jesus Malverde, di Culiacan, Mexico pada Khamis lepas.
— Gambar AFP ORANG yang percaya mengambil bahagian dalam meraikan ulang tahun ke-109 kelahiran santo penjaga pengedar dadah, Jesus Malverde, di Culiacan, Mexico pada Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia