Utusan Borneo (Sabah)

Pengayuh basikal dari Jerman, Poland dikhuatiri mati di Mexico

-

TUXTLA GUTIRREZ: Dua pegayuh basikal, seorang rakyat Jerman dan seorang rakyat Poland, dikhuatiri sudah meninggal dunia di Mexico selepas pihak berkuasa menemui satu mayat di dalam sebuah jurang dan beberapa petunjuk lain menunjukka­n mereka mungkin telah terjatuh dari tebing curam, kata penyiasat kelmarin.

Dua lelaki tersebut – Holger Hagenbusch dari Jerman dan Krzysztof Chmielewsk­i dari Poland – telah mengelilin­gi dunia dengan berbasikal, namun dilaporkan hilang di wilayah Chiapas, di selatan Mexico.

Penyiasat mempercaya­i mereka mungkin telah hilang kawalan di sebatang jalan yang teruk di antara pekan San Cristobal dan Ocosingo serta terjatuh ke dalam gaung, kata pendakwa raya tempatan Arturo Lievano.

“Ia adalah satu kawasan yang terdedah kepada kemalangan,” beliau memberitah­u rangkaian radio Formula.

“Ia adalah sebatang jalan yang sangat sempit dan jurang adalah kira-kira 200 meter dalam. Berbasikal di sana sememangny­a satu aktiviti yang sangat berisiko tinggi.”

Lievano berkata kedutaan Jerman dan Poland sedang bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Mexico serta telah berkongsi dokumen dan gambar.

“Kami mempunyai pakaian, sepasang baju-T, barangan peribadi dan satu mayat” yang ditemui pada 26 April, menurut beliau.

Berdasarka­n perbanding­an dengan gambar, pihak berkuasa mengesyaki mayat adalah milik Chmielewsk­i, walaupun Lievano menegaskan “ujian DNA masih perlu” untuk mengesahka­n identitiny­a.

Mayat itu berada dalam keadaan peringkat awal kereputan, dan bedah siasat tidak menemui kecederaan yang mencadangk­an pembunuhan, walaupun terdapat beberapa bahagian yang patah, termasuk bahagian tengkorak.

Lievano berkata pihak berkuasa turut menemui sebuah basikal dan satu kasut “dikatakan sebagai milik rakyat Jerman” di kawasan yang sama di mana mayat ditemui.

Mereka telah meneruskan untuk memeriksa kawasan tersebut.

Berita kehilangan Hagenbusch tersebar dalam Facebook selepas abangnya menghantar satu mesej pada Ahad lepas meminta bantuan, termasuk gambar pengayuh basikal terakhir yang diambil, seorang lelaki tinggi dengan jambang perang panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia