Utusan Borneo (Sabah)

Bendera Palestin akan dikibarkan buat pertama kalinya di Cannes

-

BENDERA Palestin akan dikibarkan pada minggu depan di Festival Filem Cannes, yang akan menyediaka­n astaka kebangsaan mereka yang pertama dalam sejarah.

Pembuat filem berkata tahap perwakilan baharu dalam perkampung­an antarabang­sa di festival berprestij itu adalah satu langkah yang signifikan bagi industri perfileman Palestin yang baharu.

Astaka itu, satu daripada kira-kira 70 yang mewakili negara dari seluruh dunia, akan memberi peluang kepada pembuat filem Palestin untuk memperkena­lkan kerja mereka kepada eksekutif industri antarabang­sa terkemuka.

Mohanad Yaqubi, salah seorang pengasas Institut Filem Palestin, berkata ia adalah saat yang signifikan.

“Hampir setiap tahun, Palestin ada filem yang dipilih di Cannes tetapi sehingga sekarang kita tidak ada penyertaan yang rasmi di sana,” kata Yaqubi, yang juga seorang pembuat filem, kepada AFP.

“Dari sudut industri, ia adalah sangat penting untuk ada penyertaan ... untuk membina jaringan pada peringkat industri,” katanya dalam Bahasa Inggeris.

Astaka berkenaan amnya dibiayai kementeria­n kebudayaan Palestin, yang enggan memberitah­u berapa sebenarnya jumlah yang ia labur.

Lina Bokhary, ketua jabatan perfileman di kementeria­n itu, berkata keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mempromosi­kan filem Palestin.

“Sepanjang sejarah perfileman, bagi menjayakan industri perfileman kebangsaan, kita memerlukan kestabilan dan pelaburan kerajaan – dan itu adalah sesuatu yang kita tidak pernah ada.”

“Cannes adalah penting kerana ia adalah sebuah hab, pintu ke seluruh Eropah yang merupakan pasaran besar bagi filem Palestin.”

Arab Saudi, yang baru-baru ini menarik balik larangan ke atas perfileman di negara itu, juga dijangka mempunyai astaka pertamanya di Festival Filem Cannes yang bermula pada 8 Mei.

Industri perfileman Palestin adalah kecil dan disegani, dan beberapa buah filem telah menerima pujian daripada pengkritik sejak beberapa tahun lalu, kata Bokhary.

“Jika dalam masa setahun kami ada empat atau lima buah filem cerita, tahun itu adalah tahun yang sangat bagus,” katanya.

Pada 2017, filem Palestin ‘Ghost Hunting’, yang memberi tumpuan kepada penjara Israel, memenangi dokumentar­i terbaik di Festival Filem Antarabang­sa Berlin.

Yaqubi berkata kebanyakan industri perfileman Palestin adalah mengenai memanusiak­an orang Palestin, yang sering dilihat menerusi konflik selama 70 tahun dengan Israel.

Dia berkata pembuat filem Palestin dengan konsisten berjuang untuk “mengubah cara dunia Barat” memandang orang Palestin dan membuang “stigma” yang berkisar sekitar mereka.

“Mengubah pendapat di dunia Barat adalah perjuangan kami, lebih daripada membuat filem untuk hiburan atau ‘box office’,” katanya.

“Pihak Israel menang di lapangan, itu adalah ketara, tetapi perjuangan bagi imej masih berterusan – dan ini adalah satu pertarunga­n di mana kami dapat membuat sesuatu mengenainy­a.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia