Utusan Borneo (Sabah)

Telemovie khas Hari Ibu bertajuk ‘3 Hati Ibu’ di TV1 pada 13 Mei ini

-

KHAS meraikan sambutan Hari Ibu pada 10 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan sebuah telemovie menarik bertajuk ‘3 Hati Ibu’ khas untuk tontonan seisi keluarga. Menemui penonton pada 13 Mei, jam 10.05 pagi mengisi slot Panggung Ahad.

Menampilka­n pelakon Azlee Khairi, Zara Zya, Ku Faridah, Fadilah Mansur, Maimunah Ahmad, Keena Mentor, Ridzuan Hashim, Noralbania­h dan Buzen Hashim.

Mengangkat kisah antara ibu dan anak saling berkorban ego masing-masing asalkan tidak menyakitka­n hati sesama mereka. Nyata sikap ini sewajarnya dicontohi masyarakat kita dalam menghindar­i gejala negatif yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita.

Mengetenga­hkan watak seorang wanita separuh abad bernama Hajah Wan Som mahu menjodohka­n Razman, anaknya dengan Atiqah, di masa yang sama Razman sudah ada pilihan hatinya iaitu Zaidah.

Hubungan Razman dengan Zaidah direstui ibu Zaidah, Datin Fatihah yang sedang dirawat kerana kanser payu dara. Datin Fatihah mahu mereka disatukan sementara dia masih ada.

Di masa yang sama hanya Zaidah sahaja dalam keluarga yang tahu ayahnya Datuk Helmi telah lebih setahun berkahwin satu lagi dengan Zulaika iaitu sejak Datin Fatihah sakit.

Razman membawa Zaidah, gadis bandar yang moden ke kampungnya untuk menambat hati ibunya. Melalui Atiqah, Zaidah belajar menjadi wanita solehah, sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini.

Hajah Wan Som mula tertarik dengan Zaidah dan mula mengetepik­an Atiqah. Mat Tam, ibu Atiqah mula melarang Atiqah ke rumah Hajah Wan Som setelah tidak tahan dengan cakap orang kampung yang menuduh dia mahu ‘menjual anak’.

Malah Atiqah sendiri sedar dia bukan lagi calon menantu yang disukai oleh Hajah Wan Som.

Akhirnya, Atiqah tidak lagi ke rumah Hajah Wan Som. Kerana tidak mahu dituduh perigi mencari timba, Atiqah ditunangka­n dengan Salleh dan Zaidah menerima berita ibunya meninggal kerana menderita penyakit barah payu dara.

Di hadapan Hajah Wan Som, Zaidah menolak Razman sebagai calon suaminya kerana tidak dapat menunaikan hajat ibunya mahu dia bersanding sebelum menghembus nafas terakhir.

Razman terkejut dan menuduh Zaidah mempermain­kan cintanya. Zaidah juga tuduh Razman mengkhiana­ti cinta Atiqah sedangkan mereka sudah berjanji untuk bersama.

Hajah Wan Som menyesal kerana terlalu memilih calon menantu. Tetapi Zaidah berterima kasih kerana Hajah Wan Som dan cintanya yang sementara pada Razman telah menukar dirinya menjadi seorang wanita solehah. Malah dia amat berterima kasih kepada Atiqah.

Zaidah telah menemui Salleh, seorang ahli perniagaan, tunang Atiqah dan mahu dia tinggalkan Atiqah. Dia akan bayar berapa sahaja yang Salleh mahu. Salleh setuju tetapi dengan satu syarat. Dia sanggup lepaskan Atiqah tetapi Zaidah mesti berkahwin dengannya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? ANTARA barisan pelakon telemovie ‘3 Hati Ibu’ di TV1 pada 13 Mei ini.
ANTARA barisan pelakon telemovie ‘3 Hati Ibu’ di TV1 pada 13 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia