Utusan Borneo (Sabah)

Kolaborasi kartun Omar & Hana dengan telekung

-

BUAT julung kalinya kartun animasi Islamik Omar & Hana bersama Telekung Siti Khadijah menjayakan kolaborasi koleksi terhad Mama & Hana bersempena dengan Fiesta Omar & Hana.

Edisi Mama & Hana ini dilancarka­n serentak pada 26 April lalu di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya dan secara online di www.sitikhadij­ah.com.

Pengarah Pemasaran

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd Mohammad Munzir Aminuddin dalam kenyataan berkata Team Siti Khadijah ‘berkampung’ selama empat hari di Alamanda Shopping Centre pada 26 hingga 29 April bersempena Pelancaran Rasmi Telekung Mama & Hana.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kanakkanak seperti kelas belajar solat di samping tawaran promosi, cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasukla­h Pakej Mengerjaka­n Umrah,” tambah beliau.

Telekung Hana merupakan telekung kanak-kanak yang diinspiras­ikan daripada watak Hana di dalam kartun animasi popular Omar & Hana.

Ia dikeluarka­n dengan dua pilihan warna ceria kombinasi biru dan kuning atau putih biru dengan riasan reben pada kepala menampilka­n keceriaan pada wajah si cilik yang teruja untuk beribadah bersama si ibu.

Telekung Hana dijual pada harga RM99 sepasang, Kombo Mama dan Hana, RM205 setiap set dan Mini Beg Hana, RM34.90 dengan pilihan warna kuning dan pink.

Pelbagai premium Siti Khadijah seperti botol minuman, pouch bag, tasbih dan sticky note turut diberikan percuma di setiap pembelian koleksi telekung ini. Untuk maklumat lanjut, ‘Follow’ di Instagram: @ telekung.sitikhadij­ah dan?Like Facebook Telekung Siti Khadijah. — Bernama

 ??  ?? TELEKUNG Hana dijual pada harga RM99 sepasang, Kombo Mama dan Hana, RM205 setiap set dan Mini Beg Hana, RM34.90 dengan pilihan warna kuning dan pink.
TELEKUNG Hana dijual pada harga RM99 sepasang, Kombo Mama dan Hana, RM205 setiap set dan Mini Beg Hana, RM34.90 dengan pilihan warna kuning dan pink.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia