Utusan Borneo (Sabah)

KRI Tawau undang lebih 40 potensi pembeli sertai TEI KE-33

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebanyak lebih 40 potensi pembeli menghadiri Program Business Luncheon dan Preview Trade Expo Indonesia (TEI) ke-33 bertemakan Creating Products for Global Opportunit­ies, di sini pada Jumaat.

Menurut kenyataan media Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, program itu bertujuan memperkena­lkan TEI kepada pemain-pemain industri dalam sektor perniagaan di negara ini.

Kesemua potensi pembeli yang hadir pada program itu terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pantai Timur Sabah.

Program terbabit dirangka khusus sebagai pelawaan KRI Tawau kepada para peserta untuk menyertai TEI 2018 di ICE-BSD Kota Tangerang, pada 24-28 Oktober kelak.

TEI dikatakan dikatakan sentiasa menerima peningkata­n hasil pemeroleha­n transaksi dari tahun ke tahun, misalnya pada 2017 program besar itu meraih sehingga USD$1.41 juta.

Jumlah itu menunjukka­n peningkata­n sehingga 37.36 peratus berbanding pemeroleha­n hasil pada 2016, serta dikunjungi kira-kira 27, 711 orang dari 117 negara di serata dunia.

Pada TEI ke-32, tiga syarikat Malaysia seperti Kara Marketing Sdn Bhd, PT.Sari Sihat Sdn Bhd dan Mega Uni Pro Sdn Bhd, sudah menandatan­gani persefaham­an bersama (MOU).

Pelaksana Fungsi Ekonomi KRITawauNi­ndarsariUt­omo dalam kenyataan media yang sama, amat mengalu-alukan lebih banyak syarikat atau pihak dari negara ini untuk menyertai TEI.

“Pelbagai produk Indonesia berkualiti dipamerkan meliputi lapan jenis produk utama seperti kraftangan, keperluan asas hidup, produk kreatif, perkilanga­n, industri strategik, minuman/ makanan ringan, dan sebagainya.

“Sambutan positif yang diterima diharap dapat memberikan gambaran bahawa TEI 2018 boleh membuka peluang perniagaan antara Malaysia-Indonesia dan negara lain,” katanya.

Nindarsari berharap pertemuan yang diadakan di Tawau pada kali ini juga berupaya mewujudkan jalinan kerjasama dan mengembang­kan penyertaan potensi pembeli di TEI 2018.

Hadir sama, Ketua Perwakilan KRI Tawau Sulistijo Djati Ismojo, Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil, dan wakilwakil syarikat GLC, swasta dan NGO.

 ??  ?? NINDARSARI memberikan taklimat mengenai ekspo perniagaan terbesar di Indonesia iaitu TEI ke-33 yang akan berlangsun­g pada 24-28 Oktober di Kota Tangerang.
NINDARSARI memberikan taklimat mengenai ekspo perniagaan terbesar di Indonesia iaitu TEI ke-33 yang akan berlangsun­g pada 24-28 Oktober di Kota Tangerang.
 ??  ?? DJATI, Alijus dan Nindarsari merakamkan foto bersama peserta yang hadir.
DJATI, Alijus dan Nindarsari merakamkan foto bersama peserta yang hadir.
 ??  ?? DJATI (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Alijus.
DJATI (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Alijus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia