Utusan Borneo (Sabah)

Brighton jamin aksi Liga Perdana musim depan

Gol tunggal Gross berikan kekalahan 1-0 kepada United pada aksi liga di Stadium Amex

-

BRIGHTON: Brighton menjamin tempat mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim akan datang selepas gol tunggal Pascal Gross memberikan kekalahan 1-0 kepada Manchester United (MU) kelmarin.

Hanya lebih dua minggu sahaja sebelum perlawanan akhir Piala FA menentang kelab lamanya Chelsea, pengurus MU Jose Mourinho membuat enam perubahan dan dihukum apabila Brighton mencatatka­n kemenangan pertama mereka ke atas The Red Devils sejak 1982.

Laungan “we are staying up” (kami kekal dalam liga utama) bergema di sekeliling Stadium Amex yang penuh selepas masa penuh apabila kemenangan meletakkan Brighton di tempat ke-11 dan lebih penting lagi, lapan mata di hadapan kelompok tiga kelab tercorot.

Lagu tema bagi filem Perang Dunia II ‘The Great Escape’ turut bergema di sekeliling stadium ketika pemain meraikan kejayaan selepas usaha yang epik.

Dengan kelab ketiga tercorot Southampto­n yang akan bertemu dengan kelab di tempat ke-17 Swansea pada Selasa ini, Brighton kini tidak dapat diturunkan liga.

Sebaliknya kekalahan bermakna MU mesti menunggu untuk menjamin tempat kedua kerana mereka masih berada lima mata di hadapan Liverpool manakala Tottenham ketinggala­n semata lagi di belakang.

MU bermain tanpa Alexis Sanchez mahupun Romelu Lukaku yang cedera, dan tenaga mereka tiada apabila Anthony Martial dan Marcus Rashford gagal untuk mengambil kesempatan ke atas peluang yang jarang diberikan untuk memulakan perlawanan di hadapan.

Pasukan pelawat meletakkan bola ke dalam gawang selepas hanya empat minit sahaja apabila Marouanne Fellaini menolak masuk tendangan percuma Rashford dari jarak dekat, tetapi pemain Belgium itu ternyata ofsaid.

MU menjamin mereka menamatkan musim dalam kelompok empat teratas apabila mereka menewaskan Arsenal 2-1 pada hujung minggu lepas, dan keperluan Brighton yang lebih mendesak untuk mengutip mata ternyata lebih ketara.

David de Gea merupakan satu-satunya pemain MU yang dipilih oleh PFA dalam pasukan EPL terbaik dan pemain Sepanyol itu menunjukka­n kenapa dia sekali lagi adalah pemain cemerlang pasukannya pada musim ini apabila dia dengan menakjubka­n menolak bola tendangan voley Glenn Murray ke atas dengan hujung jarinya.

Di gawang pasukan lawan, Lewis Dunk dengan berani meletakkan kepalanya untuk menyekat cubaan kencang daripada Rashford, tetapi kemudian memberi bola kepada pemain antarabang­sa England itu di luar kotak penaltinya sendiri beberapa minit kemudian.

Bagaimanap­un kegagalan Rashford yang tidak tahu sama ada untuk memberi bola kepada Martial atau cuba sendiri untuk menjaringk­an gol merumuskan malam yang mengecewak­an bagi MU dan Mourinho dengan cepat menunjukka­n rasa tidak puas hati di tepi padang.

Parti selamat Brighton ditangguhk­an oleh siri tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Jaringan sukar dilakukan oleh anak buah Chris Hughton dalam musim permereka tama sejak merek a kembali semula ke liga utama selepas 34 tahun.

Namun mereka mendapat pertolonga­n yang mereka perlukan daripada teknologi garisan gol untuk menjamin satu lagi kempen dalam EPL pada minit ke-57.

Jose Izquierdo yang berjaya sampai ke garisan padang dan apabila bola hantaran lintangnya ditolak oleh De Gea, bola melintasi garisan gol dari tandukan Gross dengan margin paling kecil sebelum ia ditolak keluar oleh Marcus Rojo.

Keyakinan Brighton meningkat dan mereka malah dapat menambah kepada kelebihan mereka apabila Izquierdo meledakkan bola yang tersasar beberapa inci kemudian. Kemenangan pasti menjamin tempat kedua

bagi MU di belakang juara Manchester City.

Sebaliknya Coty kini dapat memecah rekod MU bagi margin kemenangan 18 mata dari musim 1999/2000 jika mereka memenangi baki tiga perlawanan mereka.

Matt Ryan menyelamat­kan bola dengan baik daripada Rashford sebelum Martial melakukan rembatan yang tersasar berapa inci dari palang gol sementara Brighton bertahan walaupun diasak lewat oleh MU.

Rashford melorongka­n bola kepada pemain gantian Jesse Lingard untuk satu peluang terakhir bagi merosakkan parti Brighton enam minit sebelum tamat.

Namun menentang kelab lamanya, Lingard, merembat bola yang tersasar untuk memberikan kekalahan ketujuh kepada MU dalam EPL pada musim ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PARA pemain Brighton meraikan jaringan Gross (tidak kelihatan) pada perlawanan liga di Stadium American Express Community, Brighton pada Jumaat lepas.
— Gambar Reuters PARA pemain Brighton meraikan jaringan Gross (tidak kelihatan) pada perlawanan liga di Stadium American Express Community, Brighton pada Jumaat lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GROSS (kiri) memberikan tentangan sengit keatas Pogba ketika bersaing pada perlawanan liga di Stadium American Express Community, Brighton pada Jumaat lepas.
— Gambar Reuters GROSS (kiri) memberikan tentangan sengit keatas Pogba ketika bersaing pada perlawanan liga di Stadium American Express Community, Brighton pada Jumaat lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia