Utusan Borneo (Sabah)

6 perseorang­an, 4 beregu Sabah ke final

Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah mendominas­i dengan enam pemain perseorang­an dan empat beregunya mara ke perlawanan akhir pusingan kedua Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A di Kompleks Sukan di sini hari ini.

Pemain perseorang­an itu terdiri daripada Mohd Hamizan Mozes dalam acara lelaki bawah 16 tahun (LB16), Arena Satu Samin dalam acara perempuan bawah 16 tahun (PB16), Andrew Aguwell (LB14), Elvestly Daniel Edry (LB14), Goh Shuen Tong (PB14) dan Kon Han (LB12).

Beregu pula terdiri daripada gandaingan Naldo Fung/ Demond Samin (LB16), Andrew Aguwell/ Elvestly Daniel Edry (LB14), Hanz Haiqal Azahawari/Carlester Cleve James (LB14) dan Goh Shuen Tong/Melody Wong (PB14).

Perlawanan separuh akhir acara perseorang­an pada Sabtu menyaksika­n Hamizan menewaskan The Jin Hong (Pulau Pinang) 22-20, 21-12 manakalaAr­enamenumpa­skan Tan Zhing Yi (Pulau Pinang) 21-16, 21-11.

Andrew mengalahka­n Lee Jian (Pulau Pinang) 21-18, 21-16, Elvestly menewaskan Lee Zi Yang (Perak) 21-13, 9-21, 21-18 manakala Goh menumpaska­n Vannnee Gobi (Perak) 21-9, 21-15.

Kon pula mengalahka­n Hazel Chang Shu Ning (Pulau Pinang) 21-13, 21-12.

Separuh akhir acara beregu pula menyaksika­n gandingan Naldo/Demondmenu­mpaskan Lye Jun Yen/Mohd Rizuan (Perak) 21-16, 21-17, Andrew/ Elvestly mengalahka­n Latif Mahyuddin/Mohd Zarif (Perlis) 21-13, 20-22, 21-14, Hanz/Carlester mengalahka­n Gary Ong/Henry Ong (Perlis) 14-21, 21-17, 21-11 dan Goh/ Melody menumpaska­n rakan sepasukan Roura Chong/ Khairunisa Hafizah Hashim 21-13, 21-15.

Perlawanan akhir akan berlangsun­g di tiga gelanggang dan dimulai dengan acara perseorang­an perempuan bagi ketiga-tiga kategori bermula

jam 9.00 pagi ini.

Kejohanan peringkat Zon A itu melibatkan lima pasukan negeri iaitu Perlis, Pulau

Pinang, Perak dan Sabah dengan jumlah penyertaan keseluruha­n 182.

Kejohanan itu adalah

medan bagi mendapat tempat ke Pusingan Akhir Grand Prix Kebangsaan di Negeri Sembilan pada 4-8 Julai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia