Utusan Borneo (Sabah)

Wenger pimpin The Gunners buat kali terakhir di Emirates

-

LONDON: Arsene Wenger akan mengucapka­n selamat tinggal kepada stadium yang dia bantu bina dalam banyak segi apabila dia memimpin Arsenal di Emirates buat kali terakhir di stadium sendiri dalam perlawanan menentang Burnley pada malam ini (Ahad).

Musim terakhir Wenger selepas 22 tahun menggalas tugas bakal berakhir dengan kekecewaan setelah mereka disingkirk­an oleh Atletico Madrid pada peringkat separuh akhir Liga Europa pada Khamis lepas.

Arsenal di tempat keenam sudah tidak dapat lagi menamatkan musim dalam kelompok empat teratas, dan malah dapat menamatkan musim di bawah pasukan pelawat pada hujung minggu di tempat ketujuh dengan pulangan yang buruk daripada tiga perlawanan terakhir Wenger selaku pengendali.

Penghormat­an akan diberikan kepada warga Perancis itu selepas sepenuh masa pada malam ini dan pemain Arsenal dijangka akan melakukan larian penghormat­an bagi hujung musim.

Bagaimanap­un sekali lagi ia adalah perarakan tanpa trofi sama seperti keadaannya sejak Arsenal berpindah ke Emirates pada 2006.

Kejayaan yang dihasilkan oleh Wenger dalam dekad pertamanya di kelab itu, dengan memenangi dua kejuaraan berganda dan musim tanpa kalah pasukan ‘The Invincible­s’ yang berada di landasan untuk memenangi satu lagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2003/04, menghasilk­an permintaan untuk berpindah dari Highbury dan pergi ke stadium dengan kapasiti 60,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia