Utusan Borneo (Sabah)

JANGAN SABOTAJ PARTI

Semua parti komponen BN diminta utamakan perjuangan

-

BELURAN: Semua anggota

Barisan Nasional (BN) di kawasan Beluran perlu mengutamak­an perjuangan parti dan tidak mensabotaj parti mahupun calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Haji Aman (gambar) berkata sebaliknya setiap anggota perlu mengutamak­an perjuangan parti khususnya dalam menbela nasib rakyat secara keseluruha­nnya.

Katanya dalam PRU14 ini, setiap anggota BN perlu membantu calon bertanding demi memastikan kemenangan BN dengan bekerja sebagai satu pasukan.

“Sungguhpun mungkin wujud perasaan marah, kecil hati mahupun terdapat masalah dalaman parti kalangan ahli, namun ia perlu diselesaik­an secara baik seperti satu keluarga besar,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pantai Boring Paitan dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, calon BN kawasan Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri Sugut Datuk James Ratib.

Musa berkata ketika ini BN sentiasa bersiapa sedia bekerja keras dengan dibantu Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus untuk memastikan BN sekali lagi diberi mandat mentadbir negara selepas PRU berlangsun­g.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua Menteri Sabah meminta rakyat di kawasan luar bandar menolak perjuangan pembangkan­g yang hanya mengutamak­an agenda peribadi mereka.

Katanya pemimpin parti pembangkan­g khususnya di Sabah merupakan mereka yang kecewa dan menjadikan parti sebagai platform untuk mencapai cita-cita peribadi. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia