Utusan Borneo (Sabah)

10,227 anggota polis mengundi awal

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seramai 10,227 anggota polis di Sabah menunaikan tanggungja­wab mengundi awal di beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata daripada jumlah terbabit seramai 1,681 pegawai dan anggota menunaikan tanggungja­wab mengundi di Mess Pegawai Kanan Polis IPK Sabah pada Sabtu.

Katanya kesemua pegawai dan anggotanya serta pesara polis akan mengundi di tiga saluran yang dibuka di sini.

“Kontinjen Sabah juga merekodkan 501 anggota yang mengundi pos dan 384 daripada mereka sudah memulakan proses mengundi awal pada Jumaat,” katanya semasa ditemui selepas melakukan undian awal.

Turut kelihatan di pusat mengundi ialah timbalanny­a Datuk Razarudin Husain dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah (JSJ) Datuk Salehuudin Abd Rahman serta pegawai kanan lain.

Pegawai dan kakitangan polis dilihat mula beratur seawal jam 8 pagi bagi melakukan proses mengundi awal dan sebahagian anggota dijangka akan hadir dari semasa ke semasa berikutan menjalanka­n tugas mengikut waktu bekerja masing-masing.

Dalam pada itu, Ramli berkata pihaknya kini sudah membuka 29 kertas siasatan berhubung laporan polis yang diterima sepanjang musim PRU14 dijalankan termasukla­h kes berkaitan khianat, fitnah, penceroboh­an, kes tipu dan kes menyalahi Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Kerusi Parlimen Penampang bakal menyaksika­n pertembung­an empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Ceasar Mandela Malakun, Darell Leiking dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Cleftus Stephen Spine dari Parti Solidariti dan Dr. Edwin Bosi dari Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri).

Mana kal aDUN Kap ayan menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru di antara calon BN Datuk Francis Goh, Chong Pit Fah dari Parti Solidariti dan Jannie Lasimbang dari DAP.

 ?? GambarBern­ama ?? RAMLI (tengah) bersama pegawai-pegawainya bergambar selepas undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 di Mess Pegawai Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.
GambarBern­ama RAMLI (tengah) bersama pegawai-pegawainya bergambar selepas undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 di Mess Pegawai Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia