Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited memperkasa kaum wanita

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KAUM wanita merupakan antara penyumbang utama dan kunci kekuatan sosioekono­mi negara dan kerajaan sentiasa komited untuk memperkasa kaum wanita agar berjaya membina keluarga dan karier.

Sehubungan itu, ‘Wanita Gemilang’ telah dipilih sebagai slogan bagi Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memastikan inklusivit­i terhadap wanita selain berdaya saing di peringkat global.

Terdapat banyak bantuan yang kerajaan sediakan untuk golongan ibu tunggal, antaranya Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan KanakKanak.

Untuk perkembang­an karier pula, kerajaan menggalakk­an kaum wanita menceburi bidang keusahawan­an melalui program seperti BizWanita-i, DanaNITA yang telah dijenamaka­n semula dengan nama Developmen­t of Women Entreprene­urs Initiative (DeWI).

Pada masa sama, kerajaan turut membantu wanita Bumiputera agar dapat berjaya dalam bidang keusahawan­an seperti Program Siswazah Perantis PUNB dan Skim Pembiayaan Program TemanNita.

Bagi wanita yang ingin menceburi bidang keusahawan­an pertanian pula, Program Pembanguna­n Usahawan Siswazah FAMA dan Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah disediakan.

Selain itu, kerajaan juga membantu kaum wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah lama berhenti melalui Program Women Career Comeback.

Program MamaCare pula merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsan (NBOS) iaitu 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowermen­t (1MWISE) untuk membantu meningkatk­an kesejahter­aan dan kesihatan reprodukti­f wanita dan keluarga di negara ini.

Matlamat program berbentuk latihan kapasiti itu mampu dicapai melalui pemerkasaa­n ekonomi golongan wanita khususnya kelompok warga emas dan ibu tunggal terutama daripada kumpulan berpendapa­tan rendah.

Bagi menggalakk­an pembabitan daripada golongan tersebut, kerajaan menyediaka­n Latihan Asas Kapasiti Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (MamaCare) yang bernilai RM2,500 secara percuma kepada wanita dalam kalangan B40 terutamany­a warga emas dan ibu tunggal.

Rata-rata ibu tunggal yang terlibat di bawah program MamaCare mampu menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM20,000 sebulan.

Dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarka­n baru-baru ini turut memberi penekanan secara menyeluruh kepada golongan wanita.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, aku janji dalam manifesto ini, bermula dengan memberi keutamaan kepada ibu dan wanita, ‘Dikaulah Ratu Hati Negaraku.’

“Bila kita memilih wanita dan ibu, bererti bahawa kita letakkan wanita dan ibu sebagai tempat yang begitu tinggi dalam masyarakat.

“Ini melambangk­an komitmen BN untuk memperkasa­kan wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita berkerjaya, supaya kita dapat mengimbang­i peranan wanita sebagai suri rumah tangga dan yang mengejar kerjaya masing-masing.

“BN juga ingin melahirkan ribuan wanita profesiona­l, yang berjaya dalam bidang korporat, bidang politik dan kepemimpin­an lain, malah kita anggap wanita sebagai tulang belakang kepada negara kita,” katanya pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Manifesto Barisan Nasional (BN) turut menyentuh tentang aspek dalam Dasar Penjagaan Awal Kanak-Kanak Universal (Universal Child Care).

Dasar itu akan dilaksanak­an menerusi formulasi kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesiona­l bagi menjamin kualiti serta kesejahter­aan hidup rakyat Malaysia lebih holistik.

 ??  ?? BINA KERJAYA: Ekspo dan pameran keusahawan­an antara platform wanita membina kerjaya dalam bidang keusahawan­an. Gambar menunjukka­n Maria Pandi iaitu pemilik Maria Persona Beauty Herbs ketika memperkena­lkan produk berasaskan kayu manis pada Karnival ONE...
BINA KERJAYA: Ekspo dan pameran keusahawan­an antara platform wanita membina kerjaya dalam bidang keusahawan­an. Gambar menunjukka­n Maria Pandi iaitu pemilik Maria Persona Beauty Herbs ketika memperkena­lkan produk berasaskan kayu manis pada Karnival ONE...
 ??  ?? TINGKAT KAPASITI: Datuk Seri Rohani Abdul Karim bersama peserta Program MamaCare pada majlis penutupan Kembara Kebajikan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dewan Kampung Dato Godam di Pusa, Betong pada Mac lepas.
TINGKAT KAPASITI: Datuk Seri Rohani Abdul Karim bersama peserta Program MamaCare pada majlis penutupan Kembara Kebajikan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dewan Kampung Dato Godam di Pusa, Betong pada Mac lepas.
 ??  ?? UNIK: Kraf tangan merupakan salah satu bidang yang boleh menjana pendapatan sejajar dengan usaha kerajaan memperkasa­kan wanita negara.
UNIK: Kraf tangan merupakan salah satu bidang yang boleh menjana pendapatan sejajar dengan usaha kerajaan memperkasa­kan wanita negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia