Utusan Borneo (Sabah)

Yusof yakin pertahan kerusi BN di Lahad Datu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal berkeyakin­an dapat mempertaha­nkan kerusi parti pada Pilihanray­a Umum Ke14 (PRU14).

Keyakinan itu, menurutnya, berdasarka­n prestasi kepimpinan dan pelaksanaa­n dasar-dasar kerajaan yang diterima baik rakyat.

Katanya, ianya juga berdasarka­n siri kempennya selama seminggu dengan menemui pengundi di kampung-kampung, bertemu dengan ketua masyarakat pelbagai kaum dan komuniti di sini.

“Rakyat di sini menerima baik parti kerajaan. Mereka dengan terbuka memahami isu-isu yang telah dihangat pembangkan­g untuk sematamata meraih undi PRU14,” katanya.

Yusof yang juga Ketua Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika ditemui media selepas bertemu rakyat di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata lagi, majlismajl­is yang dianjurkan pula dihadiri ramai pengundi sebagai bukti keyakinan rakyat untuk bersama dalam perjuangan parti.

“Ini kerana mereka matang dan bijak menterjema­hkan sokongan pada pentadbira­n parti yang terbukti membela masa depan,” katanya.

Pada perkembang­an lain di Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Cina, Yusof sekali lagi menegaskan pentingnya sokongan rakyat terutama Cina bersamanya merealisas­ikan kemajuan di Lahad Datu.

“Saya ingin meraih sokongan anda semua kerana saya mahu meneruskan kepimpinan yang akan memajukan rakyat di Lahad Datu.”

“Saya adalah pemimpin anda, pemimpin yang akan mewakili anda tanpa melihat asl usul, keturunan dan agama.”

“Saya pasti hanya kerajaan BN yang berupaya membela nasib rakyat dan masa depan generasi rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ?? YUSOF menyambut laungan semangat parti bersama mereka yang hadir.
YUSOF menyambut laungan semangat parti bersama mereka yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia