Utusan Borneo (Sabah)

Yakin Sepanggar kekal kubu BN

Gerakan ‘ubah’ lebih hebat pada PRU13, namun BN kekal jadi pemerintah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Cabaran pembangkan­g atau gerakan ‘ubah’ lebih hebat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding kini pihak pembangkan­g saling bercakaran di antara satu sama lain.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, walaupun gerakan ubah pada ketika itu hebat, Barisan Nasional (BN) tetap menjadi pilihan rakyat untuk membentuk kerajaan.

“Datuk Seri Shafie Apdal bukan orang terbaik untuk berkata ‘ubah’, saya lebih ‘respect’ kepada Datuk Jeffrey Kitingan walaupun tidak bersetuju dengannya tapi dia konsisten.

“Shafie baru dua tahun lalu sewaktu masih dalam Umno mengatakan slogan ‘ubah’ tidak boleh dipraktikk­an.

“Hanya disebabkan jawatan ketua menteri, dia buang pendiriank­edalamlong­kang... orang ramai tidak akan percaya kepada pemimpin ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, 2013 adalah kemuncak kepada ‘ubah’ yang mana ratusan ribu orang mengadakan demonstras­i dengan gerakan seperti Bersih dan sebagainya.

“Sekarang Tun Mahathir buat ceramah dan 30,000 orang hadir...orang kata ‘ubah’ akan berlaku, pada hal pada 2013, ratusan ribu orang membuat demonstras­i tetapi BN masih mampu menang.

“Maksudnya kita tidak boleh lihat kehadiran dalam ceramah itu sebagai penanda aras kepada kekuatan parti,” katanya.

Dalam pada itu, Rahman yakin Sepanggar masih menjadi kubu kuat BN kerana perancanga­n yang diberikan kepada rakyat kawasan itu adalah realistik dan mampu dicapai.

Rahman turut menjelaska­n bahawa Pakatan Harapan akan ditolak oleh rakyat Sabah seperti mana yang berlaku sebelum ini.

“Shafie baru dua tahun lalu sewaktu masih dalam Umno mengatakan slogan ‘ubah’ tidak boleh dipraktikk­an. Hanya disebabkan jawatan ketua menteri, dia buang pendirian ke dalam longkang... orang ramai tidak akan percaya kepada pemimpin ini.”

DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN

 ?? - Oleh YAP SIONG HAN ?? RASMI: Presiden Pertubuhan Kadazan Sabah (KSS) Datuk Marcel Leiking (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa KSS dalam satu majlis Perasmian KSS Hontog Kaamatan 2018. Majlis yang dimeriahka­n dengan pelbagai persembaha­n tradisiona­l etnik Kadazan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden KSS Datuk Jipanus Molukun.
- Oleh YAP SIONG HAN RASMI: Presiden Pertubuhan Kadazan Sabah (KSS) Datuk Marcel Leiking (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa KSS dalam satu majlis Perasmian KSS Hontog Kaamatan 2018. Majlis yang dimeriahka­n dengan pelbagai persembaha­n tradisiona­l etnik Kadazan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden KSS Datuk Jipanus Molukun.
 ?? Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar ??
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia