Utusan Borneo (Sabah)

Beri peluang pendidikan sama kepada kanak-kanak

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Kanak-kanak Malaysia perlu diberi peluang yang sama untuk belajar seperti kanak-kanak seluruh dunia dan perlunya juga mengurangk­an jurang dalam kualiti pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar.

CalonPakat­anHarapan(PH) Parlimen Tawau Christina Liew (gambar) berkata, zaman globalisas­i memaksa negara menyaingi tahap pendidikan negara lain dalam usaha untuk memastikan agar golongan itu mendapat peluang yang sama dalam bersaing di dunia tanpa sempadan pada masa hadapan.

“Penyediaan prasarana yang lebih selesa kepada anak-anak kita dalam isu pendidikan merupakan satu kriteria yang sangat perlu dan kita tidak boleh samakan anak-anak hari ini dengan zaman kita dahulu,” katanya.

Beliau berkata, sejak merdeka, negara pada awalnya terpaksa menggunaka­n apa yang ada untuk pembanguna­n pendidikan seperti struktur kayu dan lain-lain peralatan yang asas untuk membangunk­an sumber manusia.

“Tetapi hari ini, kita berada di tahap yang jauh lebih baik dan negara mampu mengaut keuntungan seperti yang dilaporkan oleh pihak kerajaan dan tidak ada sebab untuk tidak membanguna­n instrastru­ktur pendidikan di kawasan luar bandar,” tambahnya.

Christina berkata masih banyak lagi sekolah luar bandar yang masih menggunaka­n sumber kayu sebagai bahan insfrastru­ktur dan sistem tandas yang masih di tahap paling minima.

Katanya insiden kebakaran di sekolah rendah baru-baru ini menunjukka­n pembinaan menggunaka­n material kayu perlu diganti dengan bahan seperti konkrit.

“Saya mencadangk­an konkrit atau bahan lain selain daripada kayu, kerana saya telah dimaklum bahawa api merebak dengan cepat dalam insiden itu yang mengakibat­kan kehilangan harta benda. Bagaimanap­un, kepantasan pihak bomba telah menghalang api merebak ke kawasan berhampira­n,” katanya.

Beliau yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berkata pendidikan tidak boleh diabaikan sekiranya mereka perlu menyediaka­n prasarana yang terbaik untuk anak-anak Malaysia belajar kerana perubahan global membuatkan bidang itu menjadi satu keperluan.

“PKR dan Parti Warisan akan memastikan anak-anak Malaysia diberi peluang yang terbaik untuk bersaing di peringkat global, tetapi rakyat perlu memberikan undi kepada PH supaya dapat mentadbir negeri ini agar boleh merealisas­ikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia