Utusan Borneo (Sabah)

UMS adakan

Festival Teater UMS 2018

-

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) memang tidak asing lagi dengan Seni persembaha­n yang sentiasa dipentaska­n oleh pelajar program Seni Kreatif Klauster Teater.

Oleh itu, pada julungjulu­ng kalinya, program Seni Kreatif Kluster Teater tahun akhir menganjurk­an Festival Teater UMS 2018 dibawah Projek Opera 4.0 dengan kerjasama Fakulti Kemanusiaa­n Seni Dan Warisan.

Festival ini secara langsung melibatkan pelajar daripada Seni Kreatif, pelajar tahun akhir Klauster teater (44ronin) dan juga Mahasiswa/i daripada beberapa fakulti lain yang turut berminat dalam seni persembaha­n.

Festival Teater UMS 2018 kali ini akan mementaska­n sebelas karya teater daripada sebelas kumpulan yang berbeza dimana Kumpulan tersebut merupakan pelajar tahun akhir Seni Kreatif Klauster Teater.

Antara karya yang akan dipentaska­n ialah naskah teater Lena Tak pulang, Sesudah Subuh, Ratna Kadhal, Perhiasan Kaca, Orang Kasar, Ayahku Pulang, Terdampar, Le jue La Julia, Nisya Khaleed, Melati & Melur dan

Malam Jahanam.

Sebelas karya yang akan dipentaska­n ini masingmasi­ng mempunyai jalan cerita yang menarik dan ada kritikan sosial masyarakat yang sedang berlaku pada masa kini.

Festival ini dijalankan dengan tujuan memberi pendedahan kepada IPTA/IPTS dan juga warga belia serta komuniti umum mengenai satu persembaha­n teater yang bersifat akademik dan intelektua­l dengan menyentuh isu sosial melalui cabang sosial yang diketengah­kan dalam bentuk persembaha­n teater khususnya.

Selain itu, dengan adanya persembaha­n teater seperti ini maka platform untuk mengekalka­n seni teater dapat dikenali oleh masyarakat, mahasiswa IPTA/IPTS dan juga mahasiswa dalam UMS sendiri.

Dengan ini, Festival Teater UMS 2018 menjemput semua warga Sabah khususnya pengiat seni di Sabah untuk samasama datang ke sebelas persembaha­n dari sebelas kumpulan yang berbeza pada tarikh 4 Mei 2018 hingga 15 Mei 2018 yang bermula jam7.30 malam bertempat di Dewan Resital, UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia