Utusan Borneo (Sabah)

Simeone digantung empat perlawanan

-

LAUSANNE: Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, terpaksa menonton perlawanan akhir Liga Europa menentang Marseille dari tempat duduk penonton selepas dia digantung empat perlawanan di Eropah kerana menghina seorang pengadil, kata UEFA kelmarin.

Simeone diarah meninggalk­an tepi padang sewaktu keputusan seri 1-1 pada minggu lepas dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir menentang Arsenal setelah dia bertikam lidah dengan pengadil dari Perancis, Clement Turpin.

Pengurus dari Argentina itu menonton kemenangan 1-0 di stadium sendiri dalam perlawanan timbal balik Khamis lepas, yang menjamin kemenangan agregat 2-1 dan tempat di peringkat akhir, dari pentas pengarah di stadium Wanda Metropolit­ano. Simeone kini juga tidak dapat mengemudi perlawanan akhir pada 16 Mei di Lyon dan dua perlawanan pertama pasukannya di Eropah pada musim akan datang, dan dia turut dikenakan denda sebanyak 10,000 euro (RM47,000).

Jawatankua­sa disiplin UEFA turut mendakwa Marseille selepas penyokong pasukan pelawat membakar bunga api dan membaling objek dalam perlawanan pusingan kedua peringkat separuh akhir mereka di Salzburg.

Salzburg sendiri dari Austria berisiko menerima hukuman selepas penyokongn­ya memasuki padang dan melontar objek, selain dakwaan kelakuan tidak wajar yang dibuat terhadap pegawai kelab, Harald Lurzer.

Marseille memenangi perlawanan itu dengan agregat 3-2 walaupun kalah 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua selepas masa tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia