Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bertekad jinakkan Cougars

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Sabah berharap dapat menjinakka­n pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Malaysia Pahang-Akademi Bola Sepak Mokhtar DahariCoug­ars (SSMP-AMDCougars B16) untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata hari ini.’

Kedua-dua pasukan itu akan bertembung untuk pusingan kedua saingan Kumpulan A liga Piala Belia di Padang AMD, Gambang Pahang.

“SSMP-AMD-Cougars adalah pasukan baik dan berpengala­man dengan mewakili negara mendapat pendedahan beraksi di luar negara.

“Pada pusingan pertama di Stadium Penampang kami tewas 4-0. Pada pertemuan kedua ini kita akan cuba bermain agresif untuk memberi tentangan lebih sengit dan berharap dapat meraih sekurangku­rangnya satu mata,” kata pengurus pasukan Azman Mastar ketika dihubungi pada Sabtu.

Katanya, Sabah perlukan mata bagi memastikan merreka terus berada di landasan yang betul memburu empat kedudukan teratas untuk layak ke pusingan suku akhir.

Sabah kini di kedudukan keenam dan berkongsi jumlah kutipan 19 mata dengan Cougars dan Kuala Lumpur di tangga keempat dan kelima berdasarka­n perbezaan jaringan.

Di tangga teratas adalah Terengganu FC IV dengan 26 mata manakala PKNS FC dan PKNP FC berkongsi jumlah kutiopan 21 mata di tangga kedua dan ketiga.

Sambil itu, ketua jurulkatih Mohd Aiyyman Shah Johny Abdullah dijangka akan mengekalka­n kesebelasa­n biasanya iaitu Azrine Abdul Rahim, Mohd Farhan Airil, Syahrul Norsyahriz­uan Miti, Andrew Beckham Jamry, Gerald Gadit, Mohd Aidil Muhimian, Leonardo Lisua, Mohd Syukri Baharun, Mohd Arizsam, Mohd Hizaz Lokman dan Mohd Saiful Abd Rahman.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia