Utusan Borneo (Sabah)

Ketahui parti mana boleh bawa pembanguna­n kepada rakyat

-

NABAWAN: Rakyat perlu tahu parti mana yang boleh membawa pembanguna­n kepada rakyat sebelum ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) terbukti memberikan pelbagai insentif bantuan dan pembanguna­n kepada rakyat di seluruh pelosok negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya, jika rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN pada PRU14, ia merupakan satu penghargaa­n besar kepada pucuk pimpinan BN yang seterus akan berusaha menggalas tugas dengan komited untuk rakyat di negeri ini.

“Ini terbukti dengan apa yang dinikmati oleh rakyat ketika ini yang merupakan hasil usaha kesemua kepimpinan BN bagi memastikan rakyat tidak tercicir daripada segenap pembanguna­n yang diberikan.

“Oleh itu, pada 9 Mei ini rakyat perlu bijak memilih pemimpin yang bertanggun­gjawab bagi memastikan kelangsung­an pembanguna­n yang amat diperlukan dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat peringkat Zon Pedalaman Utara, Karnival Kerjaya, Keusahawan­an dan Mobile CTC, di sini pada Ahad, yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaik­an geran komunal kepada seramai 617 ketua keluarga dari 16 kampung di daerah ini melibatkan keluasan tanah 9,700 ekar.

Geran komunal itu terbahagi kepada dua kelompok iaitu Tagol 1 melibatkan enam kampung dengan 140 ketua keluarga dan keluasan 700 ekar, dan Tatalaan 2 melibatkan 10 kampung (477 ketua keluarga) dengan keluasan 9,000 ekar.

Musaturutm­enyampaika­n 225 geran Pantas kepada tujuh kampung, 161 geran N.T/F.R kepada 30 kampung dan subsidi Pantas kepada 40 penerima yang bernilai RM80,000 di mana setiap penerima mendapat subsidi RM2,000.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Abdul Ghani Yassin, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuki, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, calon BN P182 Pensiangan Arthur Joseph Kurup, calon BN N38 Nabawan Datuk Bobbey Suan dan calon BN N37 Sook Datuk Ellron Alfred Angin.

 ??  ?? MUSA melakukan gimik perasmian majlis berkenaan.
MUSA melakukan gimik perasmian majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia