Utusan Borneo (Sabah)

`JUNJUNG SEMANGAT BN’

Zahid mahu semua parti komponen BN bantu rakan menang PRU14

-

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(gambar) mahu semua anggota komponenpa­rtidalamBa­risan Nasional (BN) membantu dan memenangka­n calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Mengambil contoh kerusi Parlimen Seremban yang ditandingi Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon, beliau mahu semua parti termasuk Umno untuk berusaha memenangin­ya memandangk­an BNberpelua­ng besar untuk merampas kembali kerusi berkenaan.

“Dalam semangat BN, ada calon daripada Umno, MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak. Di Perak, saya ada pengundi Cina dan India tetapi Umno yang bertanding tetapi kawan dalam parti kita yang membantu.

“Oleh itu, calon Umno tak boleh dibiarkan sendirian dan begitu juga dengan calon MCA jangan kita biar ketinggala­n,” katanya dalam ucapan di Majlis Bersama Pemimpin di sini, pada Isnin.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, Chong serta calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Ampangan, Temiang, Nilai, Lobak dan Lenggeng.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata semangat kerjasama jitu itulah yang ingin dicapai dalam parti bagi memastikan gabungan itu terus melakar kejayaan.

Sementara itu, beliau mahu kerusi Parlimen Seremban dirampas kembali pada PRU14.

“Syamsul (Amri Ismail-calon DUN Sikamat) bantu Ah Chong kerana beliau saya tengok mempunyai material sebagai menteri dan dia mempunyai keberanian luar biasa (untuk berdepan dengan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook). Jangan biarkan Ah Chong seorang diri.

“Walaupun dia menjadi senator dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, saya selalu memantau dia...Ah Chong adalah antara timbalan menteri yang berprestas­i tinggi diDewanRak­yat.Kalausebel­um ini orang menyatakan bahawa dia masuk ikut pintu belakang (menjadi timbalan menteri), kalau dah dia berprestas­i tinggi berilah Ah Chong masuk ikut pintu depan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? KETIBAAN: Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Razak tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dengan pesawat khas pada jam 6.50 petang Ahad. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, menteri-menteri...
KETIBAAN: Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Razak tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dengan pesawat khas pada jam 6.50 petang Ahad. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, menteri-menteri...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia