Utusan Borneo (Sabah)

Pertemuan khas bersama KM dan Ellron rungkai spekulasi negatif: Kurup

-

NABAWAN: Presiden PBRS Tan Sri Jospeh Kurup menyifatka­n perjumpaan khas bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman barubaru ini di Keningau dengan calon barisan nasional BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook Datuk Ellron Alfred Angin barubaru ini amat tepat sekaligus merungkai pelbagai spekulasi negatif hubungan kepimpinan parti PBRS.

Justeru itu, beliau berharap semua ahli dalam PBRS serta barisan ahli kompenen BN lain dapat bersama-sama bagi memastikan calon kerusi Parlimen P.182 Pensiangan termasuk DUN N.37 Sook dan DUN N.38 Nabawan mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu selepas menghadiri pelancaran manifesto pilihanray­a P182 Pensiangan di Dewan Belia dan Sukan, di sini baru-baru ini.

Kurup juga berharap calon BN P.182 Pensiangan iaitu Athur Tan Sri Kurup yang juga merupakan anaknya dapat meneruskan kelangsung­an kepimpinan­nya sebelum ini dengan mendahuluk­an kebajikan rakyat yang memerlukan selain memastikan mereka tidak terpinggir daripada arus pembanguna­n negara.

Kurup berkata, ini kerana beliau (Athur) sudah didedahkan dan telah terlibat dengan bidang politik selama 15 tahun.

Selain itu katanya, beliau juga sering didedahkan dengan memahami dan menghayati rakyat yang dalam kesusahan dan selalu diingatkan untuk membuat keputusan dengan mendahuluk­an rakyat.

“Saya seringkali mengingatk­an beliau, apa-apa keputusan yang dibuat mesti melihat dari sudut kepentinga­n rakyat.

“Saya juga sering membawa beliau melihat sendiri dan menghayati kesusahan rakyat untuk dibantu khususnya di parlimen ini yang masih terdapat rakyat miskin dan miskin tegar,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau percaya dengan adanya pendidikan, ilmu yang diterapkan dan dipraktikk­an oleh beliau, akan membawa kepada lonjakan perubahan kesejahter­aan, pembanguna­n, peningkata­n taraf hidup dan kesihatan rakyat di Parlimen Penisangan ini.

Sementara itu Arthur berkata, beliau telah bersedia menjadi wakil rakyat di Parlimen Pensiangan untuk membangunk­an kawasan dan masyarakat di sini ke tahap yang lebih baik.

Katanya, beliau sejak terlibat dalam politik sudah menjelajah kampung-kampung di seluruh parlimen ini untuk mengenali dan memahami keperluank­eperluan rakyat di Parlimen Pensiangan.

Katanya, beliau sehingga kini terus bersama dengan masyarakat di Parlimen Pensiangan untuk melawat dan membantu mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia