Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Warisan masuk BN

Kerana hilang kepercayaa­n atas perjuangan pembangkan­g

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hilang kepercayaa­n atas perjuangan yang dibawa oleh Parti Warisan Sabah, mendorong 70 ahlinya meninggalk­an parti berkenaan sekaligus menyertai Barisan Nasional (BN) pada Ahad.

Kesemua ahli Warisan itu menyerahka­n borang keahlian mereka kepada penyandang yang juga calon BN Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh dalam satu majlis bersama rakyat di sini.

Mojigoh berkata, kesemua ahli parti pembangkan­g itu berasa kecewa dengan kepimpinan tertinggi Warisan yang seakanakan tidak betul-betul mahu membela nasib rakyat Sabah, khususnya di Pulau Gaya.

“Sebelum ini, mereka terpedaya dan terpesong dengan janji manis Warisan, sehinggaka­n calon yang mereka pilih untuk merebut kerusi DUN Tanjung Aru adalah orang baharu iaitu bekas ahli DAP yang dahulu pernah menghina hak bumiputera.

“Ini menunjukka­n bahawa perjuangan yang dibawa Warisan masih kabur. Atas sebab itulah mereka menyertai BN kerana mereka percaya hanya BN sahaja yang memiliki perjuangan kuat dan perlu diteruskan,” katanya pada Kempen Bertemu Rakyat di Kampung Pulau Gaya, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Almori Sahijuan, 34, yang mengetuai gerakan 70 ahli Warisan itu berkata, tindakan keluar parti diambil kerana tidak menyakini usaha Warisan dalam memperjuan­gkan hak-hak rakyat Sabah khususnya penduduk di pulau berkenaan.

“Sebelum ini, kami bersama Warisan kerana terpengaru­h dan tertipu dengan hasutan yang sering diwar-warkan mereka di laman sosial.

“Namun, setelah Warisan bersekongk­ol dengan dengan DAP, kami berasa tertipu dan tekad tidak bersetuju dengan perjuangan parti, tambahan lagi mereka tidak mampu mentadbir negeri,” katanya.

Turut hadir ialah calon BN bagi kerusi DUN Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah.

 ??  ?? ALMORI (dua kiri) bersalaman dengan Mojigoh selepas menukar baju parti Warisan kepada baju BN pada majlis berkenaan.
ALMORI (dua kiri) bersalaman dengan Mojigoh selepas menukar baju parti Warisan kepada baju BN pada majlis berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia