Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 3,000 ahli Warisan keluar parti

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Lebih 3,000 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) dari 60 cawangan di Batu Sapi di sini mengumumka­n keluar parti itu dan menyokong calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong Datu Faisal Datu Bachtiyal.

Salah seorang ketua cawangan, Abdul Rahman Hanchus berkata mereka mengambil keputusan untuk keluar dari Warisan selepas hilang kepercayaa­n terhadap pemilihan calon bagi kawasan itu.

“Pucuk pimpinan Warisan telah memilih calon yang bukan kami perjuangka­nselamaini.Malahcalon itu juga tidak menghargai kami dan tidak mempunyai semangat untuk membantu rakyat. Kami kecewa dan mengambil keputusan untuk menyokong Faisal.

“Kami pilih Faisal sebab kami percaya beliau boleh membantu rakyat. Beliau juga seorang ‘bangsata’ (singkatan Bangsa Kita bagi suku Bajau Suluk). Beliau dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya di Sekong dan telah banyak membantu rakyat setempat.

“Kami percaya dengan perjuangan­nya dan sebagai anak jati yang membesar di Batu Sapi, Faisal akan sentiasa ada untuk membantu kami,” katanya selepas menyerahka­n surat sokongan daripada 60 cawangan kepada Faisal pada Sabtu.

Faisal, 43, seorang muka baharu dalam dunia politik yang bertanding dengan logo kapal terbang akan ditentang oleh lima lagi calon bagi DUN Sekong.

Calon lain termasuk Sahar Abd Majid dari Pas, Arifin Asgali (Warisan), Abd Rashid Abd Rahman(Star),AliasAbdul­Rahman Benjamin (Parti Kebangsaan Sabah) serta penyandang­nya Datuk Samsudin Yahya dari Barisan Nasional.

 ??  ?? FAISAL (tiga kiri) menerima surat sokongan daripada beberapa bekas ketua cawangan Warisan di Batu Sapi.
FAISAL (tiga kiri) menerima surat sokongan daripada beberapa bekas ketua cawangan Warisan di Batu Sapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia