Utusan Borneo (Sabah)

Suku kaum Rungus di Kampung Labuan Sama sokong BN

-

KUDAT: Suku kaum Rungus di Kampung Labuan Sama, dekat sini memberi jaminan akan menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor dan Parlimen Kudat pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14), 9 Mei ini.

Ketua Kampung Labuan Sama, Angandai Gantang, 64, berkata seramai 170 pengundi di kampung itu secara tradisinya dari dahulu menjadi penyokong BN dan tidak pernah sesekali mengalihka­n sokongan itu kepada parti pembangkan­g.

“Kami seramai 170 penggundi di sini adalah sebahagian daripada pengundi di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Suangpai dan pada PRU14 ini sokongan kami terhadap BN tidak pernah berganjak.

“Kami sentiasa membuktika­n bahawa kami tetap bersama BN. Ada pemimpin daripada parti pembangkan­g datang ke kampung ini untuk meraih undi namun kami tidak akan sesekali terpengaru­h dengan janji-janji yang mereka berikan kerana kami yakin hanya kerajaan BN yang mampu berikan apa yang kami mahu demi masa depan anak-anak kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di rumah panjang yang dihuninya bersama beberapa keluarga lain, dekat sini baru-baru ini.

Calon BN yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kudat adalah penyandang kerusi Parlimen itu selama tiga penggal sejak 2004, Datuk Abdul Rahim Bakri yang bakal ditentang dua calon pembangkan­g iaitu Shariff Azman Sh Along daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Mohd Ashraf Chin Abdullah daripada Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Datuk Teo Chee Kang pula merupakan calon BN di kerusi DUN Tanjong Kapor yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan selama dua penggal sejak 2008, berhadapan pertanding­an lima penjuru dengan calon daripada Parti Cinta Sabah (PCS), Warisan, PPRS dan PAS.

Angandai berkata keduadua calon BN berkenaan tidak asing lagi bagi penduduk di kampung berkenaan yang telah banyak menerima bantuan kerajaan menerusi kedua-dua calon berkenaan.

Nersia Mojunding, 60, pula berkata sokongan tidak berbelah bahagi tetap akan diberikan kepada calon BN kerana sejak dahulu hanya BN yang terus menyalurka­n bantuan di kampung berkenaan.

“Kerajaan BN lah yang beri macam-macam kepada kita di sini...selain membangunk­an pelbagai kemudahan di kampung ini, kerajaan juga memberi bantuan kepada anak-anak kami yang masih bersekolah.

“Kami tidak akan sesekali memberikan undi kami kepada pembangkan­g yang hanya datang minta undi apabila musim pilihan raya. Kami di kampung ini juga pandai menilai siapa yang patut disokong,” tambahnya.

Mering Manduding, 60, berkata selama ini sudah terbukti dengan jelas hanya kerajaan yang diterajui BN mampu membawa kemajuan di kampung berkenaan.

“Dulu kampung ini tidak memiliki elektrik, jalan raya danbekalan­airbersih.Namun kini kampung ini juga telah menikmati semua yang ada di kawasan lain...dan kesemua pembanguna­n itu dibawa oleh kerajaan dan kita mahu perancanga­n pembanguna­n di kampung dapat diteruskan agar kita tidak ketinggala­n dengan kampung lain. Oleh itu kami di kampung masih memerlukan khidmat kerajaan BN,” katanya.Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? SUKU Kaum Rungus di rumah panjang Kampung Labuan Sama menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapur dan Parlimen Kudat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.
- GambarBERN­AMA SUKU Kaum Rungus di rumah panjang Kampung Labuan Sama menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapur dan Parlimen Kudat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia