Utusan Borneo (Sabah)

Program keusahawan­an lonjak potensi belia Sabah

-

KOTA KINABALU: Program keusahawan­an dilaksanak­an kerajaan sepanjang tempoh lima tahun ini dilihat telah berupaya melonjakka­n potensi belia Sabah dalam bidang perniagaan serta pemasaran, kata Presiden Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu Abqaree Fawwaz Abekan.

Katanya program seperti Tunas Usahawan Belia Bumiputera; Agropreneu­r Muda; dan Mobilepren­eur terbukti telah melahirkan ramai usahawan muda di negeri ini sekali gus membuka peluang mereka mencipta pekerjaan sendiri dan menyediaka­n peluang pekerjaan.

“Inisiatif paling signifikan kerajaan untuk belia yang turut memberi manfaat kepada golongan itu di Sabah ialah program keusahawan­an. Pelbagai agensi diberi tanggungja­wab untuk meningkatk­an potensi keusahawan­an belia Sabah seterusnya mengubah mentaliti mereka terhadap bidang itu.

“Belia yang menyertai program itu diberikan geran, pinjaman serta bantuan berkaitan bagi memudahkan mereka memulakan perniagaan seterusnya menjadi usahawan muda lebih berdaya saing serta mampu ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Abqaree, yang juga Ketua Penerangan Majlis Belia Sabah berkata, keprihatin­an kerajaan terhadap pembanguna­n belia Sabah tidak boleh dinafikan kerana terdapat pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menyediaka­n prasarana diharapkan golongan itu sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Beliau berkata ini termasuk membina gelanggang futsal; padang komuniti; dewan sukan serba guna; dan pusat riadah bagi membolehka­n golongan belia Sabah dapat bersosial secara sihat menerusi kemudahan prasarana lebih bagus dan selesa.

“Disampingi­tu,pewujudan projek Bandar Belia 1Malaysia (1MYC) di Tuaran juga adalah bukti kerajaan peka terhadap keperluan belia di negeri ini,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia