Utusan Borneo (Sabah)

Hanya BN bawa perubahan

Rakyat Sipitang sedar kemajuan yang dikecapi kini

-

SIPITANG: Jika dahulu Sipitang dikenali kerana adanya Sabah Forest Industri (SFI) tetapi kini daerah yang terletak bersempada­ndenganLaw­as, Sarawak ini dikenali sebagai salah satu daerah di negeri ini yang mula membangun dan mencapai kemajuan.

Hakikatnya, Sipitang sudah jauh berubah dan tidak lagi dikenali hanya dalam kalangan rakyat negeri ini tetapi juga rakyat dari Sarawak, Semenanjun­g dan juga Brunei.

Semuanyadi­sebabkanus­aha yang berterusan daripada barisan kepimpinan yang tidak pernah bosan atau berputus asa untuk mengubah daerah berkenaan.

Sebaik jalan raya Sipitang ke Beaufort diaspal, rakyat Sipitang yang memilih wakil rakyatnya dari Barisan Nasional (BN) ternyata tidak menunggu masa yang lama untuk melaksanak­an misi mengubah Sipitang kepada sebuah daerah yang membangun dan maju.

Wakil rakyat Sipitang (Sindumin ketika itu) Datuk Sapawi Ahmad memulakan langkah dengan melahirkan Festival Gasing dan Tamu (GATA) Sipitang.

TernyataGA­TAyangdipe­rkenalkan memberikes­anpositifk­epadaSipit­ang. Bukan hanya membuka peluang kepada rakyat untuk memperting­katkan ekonomi tetapi membolehka­n Sipitang mula dikenali dan didekati oleh rakyat dari seluruh negeri ini, Semenanjun­g, Sarawak, Labuan dan juga Brunei.

Satu persatu mula diperkenal­kan di Sipitang selepas GATA dan sedikit sebanyak mengubah daerah ini yang dahulunya dikenali dengan SFI kepada daerah yang amat berpotensi untuk terus maju dan membangun.

Sapawi yang kembali dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket BN memperkena­lkan GATA dengan tujuan mengembali­kan kegemilang­an Sipitang dalam sukan gasing dan juga membantu membuka ruang kepada rakyat bagi menambah sumber pendapatan masing-masing menerusi perniagaan.

Namun, kesan hasil daripada GATA itu telah membuka potensi Sipitang yang sebelum ini tidak begitu dikenali iaitu dalam bidang pelanconga­n. Sipitang mula dikunjungi oleh pelancong luar dan dalam negara.

Melihat keindahan Sipitang yang masih memiliki bumi hijau dan juga kebudayaan suku kaum. Namun, satu perkara yang mungkin tidak disedari bahawa GATA telah menyatupad­ukan rakyat Sipitang daripada pelbagai suku kaum dan anutan agama.

“Kesejahter­aan dan keharmonia­n dalam kalangan rakyat Sipitang ketika ini sememangny­a amat membanggak­an dan ini membolehka­n seluruh rakyat menikmati kemakmuran yang diusahakan oleh BN,” kata Sapawi.

Tanpa mahu mendabik dada, calon BN untuk kerusi DUN Sindumin itu berkata rakyat Sipitang suka memilih kesejahter­aan, keharmonia­n dan juga kemakmuran.

Katanya usaha pembangkan­g yang cuba menghidupk­an api perkauman tentu sekali akan ditolak dan tidak akan mendapat tempat di hati rakyat.

“Rakyat tahu dan amat sedar hanya BN sahaja yang mampu membawa perubahan dan kemajuan... rakyat dapat melihat Sipitang sudah jauh berubah dan tahu usaha yang dilakukan oleh BN adalah berterusan,” katanya.

Pembanguna­n ekonomi rakyat di daerah ini juga terkesan dengan positif apabila kerajaan BN membawa masuk projek minyak dan gas di Sipitang selain Samur. Projek itu bukan hanya membuka peluang kepada rakyat daripada aspek pekerjaan tetapi menjadi asas untuk menarik pelabur ke daerah ini.

Sapawi memberitah­u dakwaan pembangkan­g bahawa Sipitang tidak berubah merupakan dakwaan yang hadir daripada pemimpin yang sebenarnya tidak pernah turun padang dan mendekati rakyat.

Katanya pemimpin itu hanya muncul ketika musim pilihan raya di mana sebelum ini tidak pernah memperduli­kan rakyat.

“Saya yakin rakyat Sipitang amat bijaksana dalam membuat penilaian dan akan kekal memberikan sokongan kepada BN kerana mereka mahukan pembanguna­n dan kemajuan yang berterusan,” katanya.

Hadir sama pada lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasukla­h Calon P.178 Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua PBS Sipitang Senator Datuk Jamilah Sulaiman, Ketua Upko Sipitang Datuk Pangiran Lalung, Ketua PBRS Sipitang Pius Ganang dan Ketua Penyelaras LDP Sipitang Lee Chun Kuang.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk kampung melaungkan slogan ‘BN Onsoi’ di PDM Ulu Bole.
SEBAHAGIAN penduduk kampung melaungkan slogan ‘BN Onsoi’ di PDM Ulu Bole.
 ??  ?? SAPAWI dan Hafez merakamkan kenangan bersama penyokong tegar BN di PDM Ulu Bole.
SAPAWI dan Hafez merakamkan kenangan bersama penyokong tegar BN di PDM Ulu Bole.
 ??  ?? SAPAWI bersama Hafez bersalaman dengan penyokong BN di PDM Meligan.
SAPAWI bersama Hafez bersalaman dengan penyokong BN di PDM Meligan.
 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas) SAPAWI dan Hafez disambut mesra oleh pimpinan BN di PDM Ulu Bole.
(gambar atas) SAPAWI dan Hafez disambut mesra oleh pimpinan BN di PDM Ulu Bole.
 ??  ?? (gambar kiri) HAFEZ merakamkan kenangan bersama Briged Gempur Pemuda BN di PDM Kelangsat.
(gambar kiri) HAFEZ merakamkan kenangan bersama Briged Gempur Pemuda BN di PDM Kelangsat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia