Utusan Borneo (Sabah)

Empat teras utama manifesto

Bung Moktar letak kesinambun­gan pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat Kinabatang­an

- Oleh YUSOP TEPPO

“Melalui teras pertama, menyediaka­n bantuan khas kepada graduan melanjutka­n pelajaran ke peringkat universiti sebanyak RM800-RM1,500, hadiah wang tunai serta peralatan belajar untuk pelajar cemerlang, membina Sekolah Menengah Kebangsaan Paris, kursus asas digital dan tuisyen percuma untuk pelajar kurang mampu. DATO SRI BUNG MOKTAR RADIN Calon BN Parlimen Kinabatang­an

KINABATANG­AN: Barisan Nasional (BN) Parlimen P.187 Kinabatang­an meletakkan empat teras utama dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai kesinambun­gan hala tuju pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat.

Empat teras berkenaan ialah pelajar desa cemerlang, kesejahter­aan Kinabatang­an melalui infrastruk­tur, penjanaan ekonomi rakyat dan nadi belia melalui pendekatan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Calon BN Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin berkata antara tawaran manifesto yang signifikan kepada rakyat ialah mewujudkan kawasan luar bandar yang memiliki prasana untuk kesejahter­aan rakyat di Kinabatang­an.

“Melalui teras pertama, menyediaka­n bantuan khas kepada graduan melanjutka­n pelajaran ke peringkat universiti sebanyak RM800RM1,500, hadiah wang tunai serta peralatan belajar untuk pelajar cemerlang, membina Sekolah Menengah Kebangsaan Paris, kursus asas digital dan tuisyen percuma untuk pelajar kurang mampu.

“Saya juga akan menyediaka­n kelas pengajian al-Quran dan Kafa percuma serta bantuan peralatan persekolah­an kepada pelajar kurang berkemampu­an,” katanya.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kinabatang­an sejak 1999 berkata ia akan memastikan Kinabatang­an sentiasa melahirkan generasi pelapis yang celik ilmu dan tidak ada lagi anak-anak yang ketinggala­n dari segi pendidikan.

“Teras kedua pula memfokuska­n kepada meningkatk­an liputan pencapaian jalur lebar hingga 85 peratus, menyalurka­n bekalan air bersih dan elektrik 24 jam di kampung-kampung serta menaik taraf jalan kampung,” katanya.

Bung Moktar berkata dalam manifesto teras kedua itu juga akan membina sebanyak 500 hingga 1,000 unit rumah mampu milik bernilai RM150 ribu ke bawah, menyediaka­n bantuan khas bahan pulih serta peralatan membaiki rumahrumah usang dan menambah jumlah serta membaik pulih rumah ibadat.

“Ini merupakan panduan untuk memastikan dalam lima tahun yang mendatang segala kemudahan asas akan dipenuhi untuk keselesaan rakyat,” katanya.

Beliau berkata pembinaan rumah, jalan raya dan penyediaan bekalan air bersih serta elektrik 24 jam akan dilaksanak­an secara berperingk­at-peringkat dalam tempoh lima tahun.

“Manakala dalam teras ketiga, saya turut memfokuska­n penjanaan ekonomi rakyat yang bersifat berpanjang­an untuk menambah baik nilai kualiti hidup rakyat Kinabatang­an dari hulu hingga ke pulaupulau. Program dirangka mengikut lokaliti dan sumber alam tempatan dengan menggiatka­n usahasama bersama penduduk kawasam menjadi fokus utama,” katanya.

Selain itu, mewujudkan kedai rakyat untuk diketengah­kan produk hasil rakyat, pertanding­an idea perniagaan dan peluang memenangi dana permulaan perniagaan serta bimbingan pakar.

“Sasaran kita juga membina pasar awam baharu di Kinabatang­an, melahirkan nelayan desa moden dengan program menjana pendapatan berstuktur dan menyediaka­n bantuan khas kepada nelayan.

“Memfokuska­n ekonomi bidang pertanian dengan mengadakan kursus serta geran perniagaan asas tani, kursus kemahiran asas seperti dandanan rambut, pemasangan paip dan pendawaian elektrik,” katanya.

Beliau berkata yang paling penting sekali dalam teras ketiga itu adalah untuk mewujudkan Pusat Informasi Pelanconga­n Kinabatang­an ekoran daerah itu adalah pusat pelanconga­n yang terkenal di dunia.

Teras terakhir difokuskan dalam manifesto iaitu nadi belia, Bung Moktar berkata ia sejajar dengan TN50 untuk memenuhi keperluan dan kehendak belia masa kini.

“Kita meletakkan 20 peratus kuota untuk belia dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah, membina kompleks sukan Kinabatang­an serta Tongod, dan mewujudkan serta menaik taraf infrastukt­ur sukan di kampungkam­pung. Saya akan menyediaka­n peruntukan untuk pembanguna­n sukan bola sepak, bola tampar, badminton, silat dan takraw sebagai sukan rakyat Kinabatang­an,” katanya. Beliau

akan menyediaka­n tapak berniaga khas untuk belia dan akan memperkasa serta mewujudkan pusat sukan elektronik.

“Teras keempat ini adalah untuk penguranga­n penghijrah­an belia ke bandar, menaik taraf kemahiran diri, melahirkan atlet tanah air serta memperkasa­kan usahawan muda desa menjadi sasaran utama inisiatif ini,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktarmemb­eritahuseb­elum ini beliau telah bertemu dengan persatuan-persatuan

belia untuk bersamasam­a mereka membina kecemerlan­gan belia.

“Saya mendekati mereka bagi mengenalpa­sti masalah serta merancang dan menerangka­n usaha kerajaan termasukla­h manifesto teras keempat ini agar mereka bersama kita untuk membangunk­an belia, kerana golongan ini adalah pewaris pimpinan masa akan datang.

“Kalau kita tidak tangani dari hari ini maka, kita akan kehilangan warisan yang seharusnya kita gemblengka­n sebelum masa-masa yang akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar dan calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah bersama para penyokong BN.
(gambar kiri) BUNG Moktar mendekati rakyat di kawasannya.
BUNG Moktar dan calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah bersama para penyokong BN. (gambar kiri) BUNG Moktar mendekati rakyat di kawasannya.
 ??  ?? BUNG Moktar bersama calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah berbincang sesuatu dengan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Sukan Tongod dan Arena Belia Tongod.
BUNG Moktar bersama calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah berbincang sesuatu dengan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Sukan Tongod dan Arena Belia Tongod.
 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar menyampaik­an buku kepada salah seorang wakil pelajar.
BUNG Moktar menyampaik­an buku kepada salah seorang wakil pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia