Utusan Borneo (Sabah)

Yahya hadiri Program Mesra Rakyat #Hebatkan NegaraKu#

-

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin bersama ribuan rakyat telah menghadiri Program Mesra Rakyat #Hebatkan NegaraKu# di perkaranga­n Golden Centre Putatan pada Sabtu.

Program santai itu turut menampilka­n penyanyi dan pelakon terkenal Datuk Awie selain penyanyi tempatan lain.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) bersama-sama rakyat Putatan telah berjaya mentransfo­rmasikan Putatan menjadi sebuah daerah yang membangun.

“Kitatelahb­erjayameng­ubah Putatan daripada sederet kedai papan yang usang menjadi sebuah pekan yang maju dan membangun. Semua ini adalah berkat usaha kerajaan BN bersama-sama rakyat kawasan Putatan,” katanya.

Katanya, BN akan terus membangunk­an kawasan Putatan dengan pelbagai rancangan pembanguna­n termasukla­h membina lebih banyak Program Perumahan Rakyat, mewujudkan LRT, sistem pembetunga­n dan perparitan yang teratur, menaiktara­f padang bola, meningkatk­an infrastrkt­ur di kawasan tamu, mewujudkan institusi pengajian tinggi dan lain-lain lagi.

Beliau yang juga calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas menyeru rakyat agar terus menyokong BN dan tidak terpengaru­h dengan slogan ‘Ubah’ yang dibawa oleh parti pembangkan­g.

Turut hadir ialah calon BN kawasan Tanjung Aru Datuk Ir Edward Yong, Timbalan Ketua Umno Bahagian Putatan Datuk Haji Arsit Sedi, Ketua Wanita Umno Bahagian Juliah Palasin dan pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? YAHYA (tiga dari kiri), Edward (lima dari kiri) bersama Awie (tiga dari kanan) dan Arsit (dua dari kiri).
YAHYA (tiga dari kiri), Edward (lima dari kiri) bersama Awie (tiga dari kanan) dan Arsit (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia