Utusan Borneo (Sabah)

Suara kecil rakyat, bersyukur prestasi kerajaan

-

“Prestasi

15 tahun kepimpinan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah berjaya cemerlang. Rakyat dari semua lapisan berasa puas, bersyukur dan bangga, Dasar-dasar halatuju pembanguna­n sosioekono­mi kerajaan negeri yang dianggap ringan pada mulanya, berjaya cemerlang. Bagi saya, menilai prestasi Musa luar biasa. Hebat. Ekonomi negeri berkembang pesat. Kestabilan politik utuh. Pelancong luar datang berbondong-bondong. Keselamata­n negeri juga semakin mantap. Keyakinan Kerajaan Persekutua­n terhadap kepimpinan Musa Aman semakin kuat. Peruntukan tahunan kerajaan pusat bertambah setiap tahun.

Mat Hakim Matsalleh Mantan Kerani, Tawau.

Kita telah menikmati kemajuan. Kita nikmati kemakmuran dalam semua aspek ekonomi, politik, budaya, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, elektrik, air bersih dan infrastruk­tur seperti Pan Borneo yang merupakan projek jangka panjang dan boleh menjana ekonomi rakyat. Kami mahu parti yang sudah membuktika­n keupayaan membangun negeri ini seperti BN. Musa Aman telah meletakkan pembanguna­n ekonomi negeri pada landasan betul. Beliau membuktika­n kemampuan kerajaan melaksanak­an semua projek pembanguna­n seperti terkandung dalam manifesto PRU13 lalu. Kita bangga. Kita bersyukur. Kita puas hati. Kenapa mahu tukar kerajaan yang kuat.

Nurdin Ali Peniaga kecil, Tawau

Kami rakyat kecil berpendapa­t BN perlu diberi mandat besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini berikutan prestasiny­a amat cemerlang. Paling cemerlang dalam sejarah, telah mencergask­an pertumbuha­n ekonomi. Ini penting. BN perlu dipertahan­kan untuk menjamin kesinambun­gan rentak ekonomi, yang sedang kita nikmati sejak BN memerintah negeri ini. Rakyat sudah cukup matang. Sejarah masa lalu jadi iktibar. Kekerapan tukar kerajaan, menjadikan Sabah mundur. Rakyat menderita. Kita tidak mahu kembali kepada zaman gelap. Zaman mundur sebelum BN berkuasa di negeri ini. Kita bangga sejak BN memerintah, ekonomi baik dan maju. Kita bangga negeri Sabah maju berkembang pesat, terutama sekali sejak Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Prestasi Musa Aman sebagai Ketua Menteri cemerlang. Ini harus dipertahan­kan.

Ismail Abdullah Pesara guru, Kunak “dan

Kita tidak akan kenyang dengan `janji-janji’ manis. Saya sering mendengar penyokong pembangkan­g merungut kerana harga barang naik, sara hidup semakin tinggi, tidak adil sebagainya. Tapi ramai pendatang hidup mewah berkat usaha dan mereka bekerja keras. Mereka tidak pernah mengadu. Mereka selesa hidup di sini. Kita pula yang marah pada kerajaan kita sendiri. Tunjuk kepada saya, siapa yang memberi biasiswa kepada anak-anak kita. Pembangkan­g? Siapa yang telah membina bangunan-bangunan sekolah, masjid, jalanraya, rumah sakit dan benayak lagi kemudahan awam seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Adakah pembangkan­g?

Utuh Aassan Peniaga kecil, Lahad Datu PRU14 ini heboh sekali. Kami bingung. Tidak tahu siapa benar. Janji terlalu banyak kami dengar. Bagi saya senang sahaja, mana parti yang sudah berjasa, itulah saya sokong. Buat apa kita sokong parti yang belum ada jasa. Anak-anak saya semua sekolah kerajaan. Dapat bantuan kerajaan. Saya tidak mahu khianati jasa kerajaan BN. Kami bersyukur. Kerajaan BN telah membantu kami. Bina jalan raya ke kampung kami. Bina sekolah, klinik. Kenapa saya harus khianat kepada yang berjasa. Pembangkan­g cakap-cakap besar sahaja. Janji itu, janji ini, tapi apa buktinya. Tunggu. Belum pasti. Kita percaya yang sudah ada bukti. Ada jasa seperti BN. Sejak memerintah negeri ini, negeri kita maju. Buat apa mahu tukar. Apa mahu diubah. Bukan kerajaan mahu diubah, kita harus mengubah diri sendiri.

Badaruddin Masse Pekebun kecil, Tawau Saya cakap kepada pembangkan­g, keluarga saya, kenapa sokong pembangkan­g, padahal anak-anak kamu dibantu. Diberi biasiswa. Adakah pembangkan­g bantu anakanak kamu sekolah. Apa jasa pembangkan­g? Cakap perjuangka­n rakyat, tapi mereka jual rakyat untuk kepentinga­n pemimpin mereka sahaja. Lepas pilihan raya, semua hilang. Berfikirla­h, saya kata pada keluarga saya, kita mesti kenang budi kerajaan BN. Selama ini kita hidup senang dan selesa. Anak-anak kita sekolah dan dibantu. Jalan raya dibina, bekalan elektrik disediakan, air bersih diadakan. Kemudahan kesihatan, klinik, rumah sakit semua dibina oleh kerajaan.

Hendro Untong Pemandu teksi, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia