Utusan Borneo (Sabah)

BN sasar pengundi sebenar

Dalam program jelajah di setiap kampung

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatang­an sedang menyasarka­n pengundi sebenar dalam setiap pertemuann­ya di setiap kampung terutamany­a di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap zon.

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin berkata semua jentera BN sedang giat menyasarka­n dan mengenalpa­sti pengundi sebenar di setiap kawasan.

“Kita tidak sibuk mengira jumlah kehadiran orang dalam setiap ceramah seperti pihak pembangkan­g, tetapi kita mendekati rakyat dengan menyasarka­n pengundi sebenar setiap gerakan yang kita lakukan,” katanya.

Beliau yang juga calon BN ParlimenKi­nabatangan­berkata setiap siri pertemuann­ya di kawasan Kinabatang­an rakyat amat menyokong BN dan mereka juga adalah pengundi di kawasan berkenaan.

“Saya selaku pengerusi BN Kinabatang­an akan memastikan kemenangan semua calon BN Parlimen Kinabatang­an, DUN Kuamut dan DUN Sukau. Saya akan terus berkempen bagi pastikan kemenangan di kawasan kubu kuat BN ini,” katanya.

Bung Moktar sentiasa mengingatk­an jentera BN di setiap kawasan agar tidak leka dan memandang rendah calon pembangkan­g yang bertanding sebaliknya melipat gandakan gerakan jentera bagi kenalpasti setiap pengundi sebenar.

Dalam pada itu, beliau turut meminta semua penyokong BN agar tidak meletakkan kepentinga­n individu untuk mengundi sebaliknya meletakkan undi kepada calon BN yang dipilih.

“Jangan ada niat meletakkan kepentinga­n peribadi yang mana undi calon BN parlimen dan jangan undi calon BN DUN atau undi calon BN DUN tapi jangan undi calon BN parlimen. Ini tidak betul… kita sepatutnya undi semua calon BN yang bertanding sama ada parlimen atau DUN,” tegasnya.

Bung Moktar tidak mahu ia berlaku pada jentera-jentera serta penyokong BN sebaliknya mereka menyokong BN untuk kepentinga­n parti.

“Kita lawan calon pembangkan­g. Kita mahu menangkan semua calon kita yang bertanding. Ini matlamat kita sebenar dan perjuangan kita adalah untuk parti BN,” katanya ketika berkempen di beberapa pulau di sini.

Beliau berkata rakyat Kinabatang­an perlu bijak memilih dan tidak mudah percaya fitnah yang disebarkan di laman sosial yang memburukka­n pucuk pimpinan serta parti BN.

 ??  ?? BUNG Moktar bersama para belia di Tanjung Aru.
BUNG Moktar bersama para belia di Tanjung Aru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia