Utusan Borneo (Sabah)

Penerbanga­n KLLabuan mulai 1 Julai

Syarikat penerbanga­n Malindo Air beroperasi tujuh kali seminggu

-

LABUAN: Syarikat Penerbanga­n Malindo Air telah bersetuju untuk membuat penerbanga­n terus dariKualaL­umpur–Labuan– Kuala Lumpur bermula pada 1 Julai 2018 sebanyak tujuh kali seminggu.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata ia direalisas­ikan hasil usaha pihak Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Kementeria­n Pengangkut­an dan Perbadanan Labuan (PL) serta mendapat kelulusan daripada Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia dalam usaha menggalakk­an kedatangan pengunjung dari dalam mahupun luar negara, ke Labuan.

“Sekiranya sambutan amat mengalakka­n, tidak mustahil Malindo Air juga akan menambah lebih banyak penerbanga­n Kuala LumpurLabu­an jika penumpang laluan udara destinasi itu bertambah.

“Syarikat Penerbanga­n AirAsia juga turut membuat penerbanga­n tambahan sebanyak empat kali seminggu yang menjadikan keseluruha­n penerbanga­n AirAsia di Labuan adalah sebanyak 14 kali seminggu bermula pada bulan Jun 2018,” katanya.

Beliau demikian pada sidang media selepas mengadakan Program Turun Padang Ke Labuan di Wisma PL.

Adnan juga mengalualu­kan syarikat-syarikat penerbanga­n yang berminat untuk memperluas­kan lokasi penerbanga­n dari Labuan ke destinasi lain sama ada di Sabah, Sarawak mahupun Kalimantan berdasarka­n permintaan yang tinggi.

Antara inisiatif pihak kementeria­nnya bagi mensejahte­rakan rakyat Labuan adalah pihak PL telah mengambil inisiatif membangunk­an industri perusahaan ikan bilis melalui penyediaan infrastruk­tur bagang kepada nelayan di Labuan yang mana pengusaha bagang akan diberikan insentif berjumlah RM15,000 oleh pihak kerajaan sebagai modal permulaan.

“Hospital Labuan juga telah mempunyai seramai 117 doktor yang ditempatka­n di seluruh Labuan. Isu kekurangan doktor pakar juga tidak menjadi isu utama di Labuan lagi memandangk­an pulau ini telah berjaya mendapatka­n seramai 15 doktor pakar,” katanya.

Pada sidang media itu juga, Adnan turut mengumumka­n pencapaian inisiatif yang telah dilaksanak­an di Labuan serta beberapa inisiatif lain untuk mensejahte­rakan rakyat di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PL Datuk Azhar Ahmad dan pegawai kanan PL.

 ??  ?? ADNAN (kanan) dan Azhar (kiri) pada sidang media itu.
ADNAN (kanan) dan Azhar (kiri) pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia