Utusan Borneo (Sabah)

TLC anjur Pameran Hobi Kreatif ke-5

-

TAWAU: Tawau Lago-Lago Collectors (TLC) sekali lagi menganjurk­an Pameran Hobi Kreatif ke-5 yang berjaya menyatukan para peminat hobi kreatif sekitar daerah ini dan Lahad Datu.

Ia menyajikan pelbagai figura aksi (Iron Man, Transforme­rs, Gundam, Star Wars) dan ‘metal diecast’ (Hotwheels, Tomica, Majorette) sehingga mencatat jumlah pengunjung yang memberangs­angkan.

Rata-rata pengunjung pameran yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur menyatakan kegembiraa­n mereka atas penganjura­n aktiviti berkenaan.

Melalui maklumbala­s yang diterima TLC, sebilangan individu dan organisasi mencadangk­an supaya aktiviti hobi kreatif sedemikian diadakan lebih kerap agar dapat dijadikan salah satu produk riadah dan pelanconga­n di Sabah.

Turut diadakan adalah Pertanding­an Memasang Lego Kreatif, Persembaha­n ‘Mascot Superheroe­s’ dan Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak.

Fokus utama penganjura­n aktiviti itu bertitik tolak dari saranan kerajaan untuk menyediaka­n lebih banyak aktiviti berfaedah dan sebagai medan penyatuan masyarakat melalui hobi kreatif.

Hobi yang bersifat minat dan santai sebenarnya sesuai dijadikan medium kebersamaa­n dalam unit keluarga dan masyarakat.

Selanjutny­a, proses berkongsi minat sihat sedemikian akan dapat menolak anasir negatif seperti lepak dan penyalahgu­naan dadah di dalam masyarakat.

 ??  ?? PARA pemenang utama dan pemenang saguhati bergambar bersama hasil kerja masingmasi­ng.
PARA pemenang utama dan pemenang saguhati bergambar bersama hasil kerja masingmasi­ng.
 ??  ?? ANTARA pameran figura aksi yang dipertonto­nkan kepada pengunjung.
ANTARA pameran figura aksi yang dipertonto­nkan kepada pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia