Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat baharu PPK Tenom mercu tanda daerah

-

TENOM: Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)Tenom yang baharu bernilai RM2.5 juta bakal menjadi mercu tanda daerah ini yang terkenal dengan hasil pertaniann­ya.

Pengurus Besar PPK Tenom Abdul Hassan Jumput berkata pejabat baharu itu adalah untuk kemudahan para peladang melakukan sebarang urusan, memasarkan produk IKS dan menjual hasil pertanian mereka.

“Inilah antara kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu memperkasa­kan peladang di daerah ini bagi mendapatka­n kemudahan yang lebih selesa dan mempunyai kemudahan lebih baik seperti di tempat lain.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada mantan Ahli Parlimen Tenom yang juga Presiden Kehormat PPK Tenom Datuk Raime Unggi kerana membantu menyuaraka­n keperluan pejabat baharu PPK Tenom ke peringkat atasan dan kerajaan Persekutua­n hingga akhirnya permohonan pejabat baharu ini diluluskan.

“Penghargaa­n juga diberikan kepada Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Anita Misuari, semua ahli majlis tertinggi PPK Tenom dan ahli PPK Tenom yang begitu aktif selama ini dengan pelbagai aktiviti untuk menceburi bidang pertanian yang banyak membantu meningkatk­an ekonomi penduduk di sini,” katanya selepas melawat bangunan baharu Pejabat PPK Tenom, di sini pada Jumaat.

Hassan berkata, kerja pembinaan telah dimulakan pada tahun 2016 tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pembinaann­ya mengalami sedikit kelewatan.

Namun katanya, bangunan pejabat PPK baharu itu sudah hampir siap dan dijangka akan mula beroperasi sekitar Jun 2018 yang mana akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 ahli PPK Tenom yang berdaftar dan dijangka akan bertambah lagi di tahuntahun akan datang.

“Inilah bukti keprihatin­an pihak kerajaan dalam meningkatk­an ekonomi penduduk di luar bandar dengan menyediaka­n kemudahan prasarana yang lebih baik berbanding­bangunanla­maPPK Tenom dahulu,” katanya.

Hadir sama, Raime, Anita dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Tenom Jeffrei Ho.

 ??  ?? RAIME (dua dari kanan), Anita (tengah), Hassan (kiri) dan Jeffrei (kanan) merakamkan kenangan di hadapan bangunan baharu PPK Tenom.
RAIME (dua dari kanan), Anita (tengah), Hassan (kiri) dan Jeffrei (kanan) merakamkan kenangan di hadapan bangunan baharu PPK Tenom.
 ??  ?? HASSAN (kanan), Raime (kiri) dan Anita (dua kanan) ketika melawat sekitar bangunan baharu Pejabat PPK Tenom.
HASSAN (kanan), Raime (kiri) dan Anita (dua kanan) ketika melawat sekitar bangunan baharu Pejabat PPK Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia