Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n Labuan lebih pesat lima tahun mendatang

-

LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi P166 Labuan Datuk Rozman Isli atau lebih mesra dengan gelaran Abang Man sudah bersiap sedia dengan pelbagai perancanga­n bagi menjadikan Labuan sebagai pusat pembanguna­n serantau.

Katanya, beliau akan membangunk­an pulau ini dan merancang ekonominya dengan baik bukan sahaja untuk manfaat rakyat di sini malah merangsang pembanguna­n di Sabah dan Sarawak.

“Pelbagai usaha telah, sedang dan akan kita jalankan antaranya projek jambatan, meningkatk­an infrastruk­tur pelanconga­n, lapangan terbang, tambahan jaringan jalan raya, ‘waterfront’,’ pusat konvensyen selain penganjura­n Power Boat bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Selain itu tambahnya, pembinaan‘PremiumOut­let’, ‘Saguking Commercial Centre’, pembanguna­n pasar lama Labuan, projek pembanguna­n bersebelah­an bangunan UTC Labuan, bandar baharu di Kiansam sertaBanda­rPerikanan­LKIM yang bakal merancakka­n lagi ekonomi Labuan.

“Penubuhan Yayasan Pembanguna­n Labuan (YPL) seperti mana yang dijanjikan dalam PRU13 juga telah melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n seperti bidang keusahawan­an dan pendidikan,” katanya.

Rozman yang juga pengerusi BN Labuan berkata, pihaknya juga bercadang membuka Rumah Labuan di Kuala Lumpur bagi kegunaan orang Labuan yang baru bekerja di sana atau masih belum ada tempat tinggal tetap.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ganggarak, malam Sabtu.

Turut hadir, Naib Ketua Umno Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Pemuda BN Labuan Datuk Mohd Raffi Ali Hassan dan Ketua Kampung Ganggarak Ustaz Mohd Ali Han.

 ??  ?? JENTERA PRU PDM Ganggarak bersama Rozman (empat dari kanan).
JENTERA PRU PDM Ganggarak bersama Rozman (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia