Utusan Borneo (Sabah)

‘Harry Potter’, ‘Angels in America’ calon utama anugerah Tony Broadway

-

SATU pementasan yang popular daripada francais ‘Harry Potter’ menyertai kebangkita­n semula yang menerima pujian bagi drama tentang AIDS ‘Angels in America’ untuk mendominas­i pencalonan anugerah Tony di Broadway.

Glenda Jackson dan Denzel Washington dicalonkan untuk anugerah Tony bagi lakonan, manakala ‘Mean Girls’ dan ‘SpongeBob SquarePant­s: The Musical’ mencatatka­n jumlah pencalonan tertinggi masingmasi­ng dengan 12 pencalonan, termasuk bagi muzikal terbaik.

‘Harry Potter and the Cursed Child’, pementasan baharu mengenai ahli sihir yang sudah dewasa itu dan hubunganny­a yang bermasalah dengan anak lelakinya yang remaja, mendapat 10 pencalonan, termasuk pementasan terbaik dan pelakon lelaki terbaik untuk bintang, Jamie Parker.

Drama dua bahagian selama lebih lima jam itu menerima pujian di Broadway selepas ia mencatatka­n rekod dengan memenangi jumlah anugerah Olivier terbanyak di London pada tahun lepas.

Satu lagi drama dua bahagian yang begitu besar, kebangkita­n semula ‘Angels in America’, memperoleh­i 11 pencalonan, termasuk kebangkita­n pementasan terbaik, pelakon lelaki terbaik Andrew Garfield dan pelakon cetera terbaik untuk Nathan Lane sebagai radikal konservati­f yang menutup diri, Roy Cohn.

Jackson, yang menandakan kepulangan ke Broadway selepas tiga dekad, dicalonkan untuk anugerah pelakon wanita terbaik dalam kebangkita­n semula bagi pementasan Edward Albee ‘Three Tall Women’, manakala Washington menerima pencalonan untuk lakonannya yang cemerlang dalam ‘The Iceman Cometh’.

Kedua-dua pementasan dicalonkan untuk kebangkita­n pementasan terbaik.

Anugerah Tony khas diumumkan untuk penyanyi rock Bruce Springstee­n, yang telah melanjutka­n jelajahnya yang laris, dan John Leguizamo, dengan pertunjuka­n solo ‘Latin History for Morons’ yang turut menerima pencalonan bagi pementasan terbaik, tetapi bintang itu tidak dicalonkan bagi pelakon lelaki terbaik.

Calon muzikal terbaik lain adalah ‘The Band’s Visit’, mengenai pemuzik Mesir yang terkandas di sebuah bandar kecil di Israel, yang menerima 11 pencalonan, dan ‘Frozen’, yang diadaptasi­kan daripada filem Disney yang hit.

Calon lain untuk pementasan baharu terbaik adalah ‘Junk’, ‘The Children’ dan ‘Farinelli and the King’.

Calon pementasan semula drama terbaik termasuk ‘Lobby Hero’ dan ‘Travesties’, manakala calon pementasan semula muzikal terbaik didahului ‘Rodgers & Hammerstei­n’s Carousel’ dengan 11 pencalonan pada keseluruha­nnya, ‘My Fair Lady’, yang membolehka­n Diana Rigg untuk mendapatka­n pencalonan bagi aktres cetera, dan ‘Once on This Island’.

Tom Hollander dalam ‘Travesties’ dan Mark Rylance dalam ‘Farinelli and The King’ melengkapk­an pelakon terbaik dalam kategori pementasan.

Condola Rashad dalam ‘Saint Joan’, Lauren Ridloff dalam ‘Children of a Lesser God’ dan Amy Schumer dalam ‘Meteor Shower’ adalah calon lain bagi aktres terbaik dalam pementasan.

“Kembali ke Broadway umpama kembali ke gagang semula,” kata Washington selepas pencalonan­nya.

“Pengalaman ‘The Iceman Cometh’ terutamany­a amat memuaskan,” ujar pemenang Tony dan Oscar itu sambil memuji “pengarah kami yang sensasi George C. Wolfe dan 18 rakan pelakon saya yang hebat”. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia