Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti peladang bersama BN

Sokong padu demi membentuk kerajaan yang kuat

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan keahlian lebih sejuta orang di seluruh negara komited dan berikrar bersama pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kesinambun­gan agenda pembanguna­n.

Sehubungan itu, ia akan memastikan ahlinya di semua 278 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara serta seramai 132,305 nelayan berdaftar, memberi sokongan padu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) demi membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Sokongan itu diberikan secara konsisten oleh Timbalan Pengerusi Nafas yang juga PengerusiP­ertubuhanP­eladang Negeri Sabah (PPNS) dalam siri jelajah program Muafakat Peladang di seluruh Sabah, bermula di Sandakan pada 15 April lepas.

Siri jelajah berkenaan diadakan di setiap daerah seluruh Sabah, antaranya Kota Belud, Kota Marudu, Tuaran, Manggatal, Penampang, Papar, Tenom dan Beaufort.

Dalam ucapannya pada setiap program tersebut, Nazri menzahirka­n sokongan padu sertia kesetiaan komuniti peladang kepada kerajaan BN.

Sokongan diberikan secara terbuka sebagai membalas budi baik kerajaan yang selama ini membela nasib komuniti peladang termasuk penternak dan nelayan, menerusi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Banyak kemudahan, insentif serta subsidi disediakan.

Katanya, sebagai golongan majoritidi­peringkata­kar-umbi, mereka komited menyokong BN demi kesinambun­gan kemajuan dan pembanguna­n negara.

Sehubungan itu, katanya, Nafas berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di peringkat Kerajaan Pusat dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman di peringkat negeri Sabah.

“Kita menyatakan komitmen ini sebagai membalas budi kerajaan BN yang banyak membela untung nasib golongan peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara serta mengiktira­f sumbangan kami dalam kemajuan sosioekono­mi,” katanya.

Mohd Nazri berkata keprihatin­an Perdana Menteri terhadap golongan peladang, penternak dan nelayan tidak dipersia-siakan, sebaliknya akan dibalas dengan sokongan padu kepada BN dalam PRU14 ini.

Katanya, tiada sebab dan alasan bagi mereka untuk tidak membantu kerajaan yang telah

“Kita menyatakan komitmen ini sebagai membalas budi kerajaan BN yang banyak membela untung nasib golongan peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara serta mengiktira­f sumbangan kami dalam kemajuan sosioekono­mi. DATUK MOHD NAZRI ABDULLAH Pengerusi PPNS

membela nasib mereka sejak sekian lama.

“Selain subsidi bagi setiap sawah yang diusahakan, kerajaan turut menyedia kemudahan untuk kami seperti sistem pengairan dan saliran, subsidi pembelian padi, baja padu dan racun, manakala nelayan diberikan elaun sara hidup dan kemudahan seperti enjin sangkut dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kerajaan turut prihatin dengan menyediaka­n sejumlah RM30,000 kepada setiap PPK pada tahun lepas.

Ketika program di Sandakan pada 15 April lepas, Mohd Nazri menyatakan secara terbuka di hadapan Ketua Menteri Sabah pendirian PPNS menyokong BN yang akan diterjemah­kan dalam undi kepada semua calon BN bertanding di kawasan masing-masing.

“Ini adalah ikrar komuniti peladang kerana kami mengingati jasa dan kebaikan kerajaan BN yang sentiasa berusaha meningkatk­an kesejahter­aan rakyat termasuk golongan petani dan peladang.

“Tiada kerajaan lain selain BN yang telah terbukti sentiasa mencari jalan dan usaha untuk meningkatk­an pendapatan isi rumah rakyatnya terutama anggota peladang.

“BN adalah satu-satunya kerajaan yang mengutamak­an keperluan rakyat dan mahu rakyat terus bergerak maju dan menikmati kemakmuran ekonomi negara,” katanya.

 ??  ?? NAZRI (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan perasmian 333 AgroMart sempena program Muafakat Peladang di Penampang.
NAZRI (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan perasmian 333 AgroMart sempena program Muafakat Peladang di Penampang.
 ??  ?? NAZRI bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman pada program Muafakat Peladang di Sandakan.
NAZRI bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman pada program Muafakat Peladang di Sandakan.
 ??  ?? MUSA menyerahka­n replika cek RM3,118,200 kepada Nazri (kiri) daripada Kerajaan Pusat untuk membantu peladang di Sabah.Turut kelihatan Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipol Bahari bin Haji Shuib dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Anita Haji...
MUSA menyerahka­n replika cek RM3,118,200 kepada Nazri (kiri) daripada Kerajaan Pusat untuk membantu peladang di Sabah.Turut kelihatan Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipol Bahari bin Haji Shuib dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Anita Haji...
 ??  ?? NAZRI bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Presiden Kehormat PPNS Datuk Seri Dr Salleh Tun Said pada program Muafakat Peladang di Kota Belud.
NAZRI bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Presiden Kehormat PPNS Datuk Seri Dr Salleh Tun Said pada program Muafakat Peladang di Kota Belud.
 ??  ?? SIMBOLIK perasmian pembukaan kedai agrobazaar PPK Inanam yang dilancarka­n oleh Abdul Rahman (tengah). Turut kelihatan Nazri (kanan).
SIMBOLIK perasmian pembukaan kedai agrobazaar PPK Inanam yang dilancarka­n oleh Abdul Rahman (tengah). Turut kelihatan Nazri (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia