Utusan Borneo (Sabah)

BN bela golongan petani

Pelbagai kemudahan dan bantuan disedia k’jaan

-

SIPITANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha membela dan memperkasa nasib golongan pesawah khususnya di Sabah dan seluruh negara amnya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Beliau berkata, kerajaan amat menghargai sumbangan golongan itu kerana jerih payah serta keringat yang dicurahkan oleh mereka sebagai penanam padi bagi menghasilk­an sumber makanan untuk keperluan rakyat.

Katanya, kerajaan sedia maklum tanaman padi sering diancam oleh keadaan cuaca seperti hujan berlebihan, angin ribut, banjir, kemarau serta serangan serangga dan penyakit yang sukar dijangka dan dikawal.

“Kerana pengorbana­n dan kegigihan berterusan mereka membekalka­n sumber makanan beras kepada kita, maka kerajaan BN yang prihatin serta amat menghargai dan membantu golongan ini dengan mewujudkan Program Bantuan Khas Pesawah RM600 bagi meringanka­n bebanan mereka sementara menunggu hasil padi dituai,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Pesawah Sementara Menunggu Hasil Tuaian Padi 2018 dan Penyerahan Bantuan Kambing Tenusu 2018 Daerah Sipitang di perkaranga­n Pejabat Pertanian Daerah, di sini pada Jumaat.

Seramai 247 pengusaha padi sawah menerima bantuan khas itu manakala enam pengusaha menerima bibit kambing tenusu di majlis itu.

Yahya berkata, dijangkaka­n seramai 28,898 pengusaha tanaman padi sawah dan bukit di Sabah akan mendapat manfaat daripada Program Bantuan Khas itu yang melibatkan peruntukan sejumlah RM17,338,800.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 17,214 orang adalah pesawah dan 11,684 penanam padi bukit. Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan dengan jumlah keseluruha­n RM600.

Katanya, kerajaan juga membantu para pengusaha tanaman padi dengan pelbagai bantuan inisiatif seperti subsidi pembajakan sawah, subsidi baja, racun, benih padi serta subsidi harga belian padi.

DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

“Kerajaan amat menghargai sumbangan golongan itu kerana jerih payah serta keringat yang dicurahkan oleh mereka sebagai penanam padi bagi menghasilk­an sumber makanan untuk keperluan rakyat. ”

 ??  ?? YAHYA (bertopi) menyerahak­an replika cek kepada salah seorang wakil pengusaha padi.
YAHYA (bertopi) menyerahak­an replika cek kepada salah seorang wakil pengusaha padi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia