Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi Pohon Batu hanya mengenali calon BN

-

LABUAN: Pengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pohon Batu hanya mengenali calon Barisan Nasional (BN) Labuan Datuk Rozman Isli yang akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen P166 Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Perkara itu dizahirkan pengundi Pohon Batu ketika ditanya Ketua Pemuda BN Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang turut dihadiri Rozman di pekarangan rumah Haji Sulaiman Sujud yang telah menjadi markas BN sejak empat PRU yang lalu.

Turut hadir, Ketua Kampung Pohon Batu Dasuki Zainal, Ketua Umno Cawangan Pohon Batu Haryadi Omar serta ketua-ketua parti komponen BN Labuan.

Lebih menarik, ceramah dan kempen calon BN itu turut dihadiri tiga mantan ketua Kampung Pohon Batu sekaligus membuktika­n mereka tetap setia bersama kepimpinan BN Labuan.

Mohd Rafi mahu pengundi di Pohon Batu tidak membuang masa mereka mengundi calon pembangkan­g yang mereka sendiri tidak kenali selama ini.

Katanya, ia berbeza dengan Rozman yang sepanjang tahun sejak lima tahun lalu membela nasib rakyat menerusi pelbagai program mahupun atas inisiatif ketua kampung dan ketua cawangan Umno Pohon Batu.

Pada majlis itu juga, dimaklumka­n beberapa pemimpin dan ahli parti pembangkan­g akan kembali ke pangkuan Umno dan BN sekaligus memberikan sokongan padu kepada calon BN.

Rozman akan ditentang calon Parti Harapan Sabah Siti Zaleha SW Ibrahim, Ahmad Junid @Junit Mohd Aling dari Pas dan Noor Halim Zaini dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

 ??  ?? ROZMAN (empat kanan) bersama pengundi PDM Kampung Pohon Batu, malam Sabtu.
ROZMAN (empat kanan) bersama pengundi PDM Kampung Pohon Batu, malam Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia