Utusan Borneo (Sabah)

Tipu: Waspada individu menyamar polis

-

LIMBANG: Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai mengingatk­an orang awam supaya menghubung­i polis sekiranya dihubungi lelaki menyamar sebagai anggota polis.

Menurutnya ini bagi mengelak menjadi mangsa tipu berikutan peningkata­n kes tipu sejak akhir-akhir ini membabitka­n kerugian ribuan ringgit.

Beliau berkata, orang awam jangan mempercaya­i mana-mana individu menyamar sebagai anggota polis meminta wang bagi tujuan membebaska­n ahli keluarga mereka terutama melibatkan kesalahan dadah.

“Seorang lelaki yang juga penjawat awam kerugian RM9,000 selepas ditipu seorang lelaki menyamar pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Limbang, Khamis lalu.

“Mangsa, 39, dihubungi suspek yang memperkena­l diri sebagai ‘Tuan Saiful’ meminta mangsa memasukkan wang berjumlah RM9,000 bagi tujuan mengeluark­an adik mangsa kini dalam tahanan polis berhubung kes dadah,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau mendedahka­n mangsa kemudianny­a memasukkan wang diminta suspek berjumlah RM9,000 dengan pembayaran dua kali transaksi ke dalam akaun bank diberikan oleh suspek.

Bagaimanap­un, setelah wang dimasukkan ke dalam akaun, suspek tidak lagi dapat menghubung­i mangsa.

“Mangsa merasakan tertipu membuat laporan polis pada Jumaat,” jelasnya.

Mohd Bukhori berkata, seorang lagi wanita hampir menjadi mangsa sindiket sama turut menyamar anggota polis dan meminta wang bagi tujuan membebaska­n ibu mangsa terlibat dadah.

“Suspek menggunaka­n modus operandi sama dengan menghubung­i mangsa meminta wang bagi tujuan membebaska­n ahli keluarga mereka terlibat kes dadah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa, 22, dari perumahan rakyat berhampira­n Taman Damai turut dihubungi suspek pada Khamis lalu dan meminta wang jaminan sebanyak RM5,000 untuk bayaran bagi membebaska­n ibunya kini ditahan di lokap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia