Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Sabas Zon Ranau bersatu sokong BN

-

RANAU: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) mengajak masyarakat Orang Sungai yang berada di daerah ini supaya bersatu menyokong calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Ranau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan.

Presiden Sabas Dato Juhari Janan berkata, ia kerana masyarakat itu turut menikmati pembanguna­n dan sosial ekonomi seperti masyarakat lain di daerah ini.

“Jadi, kita perlu bersatu memberi sokongan padu kepada calon-calon BN di Ranau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumaan dengan masyarakat Orang Sungai di Kampung Sarawas yang diketuai oleh Pengerusi Perhubunga­n Sabas Zon Ranau Jakaria Bangsawan.

Calon BN bagi kerusi Parlimen P.179 Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menghadapi pertanding­an empat penjuru menentang calon PH-PKR, GS-Star dan PCS.

Calon BN bagi kerusi DUN N31 Paginatan Datuk Abidin Madingkir juga menghadapi pertanding­an empat penjuru dengan calon GS-Star, Warisan dan PCS.

Terdapat lima kampung masyarakat Orang Sungai di Parlimen Ranau iaitu Kg Gusi, Kg Agan, Kg Maridi, Kg Pinutudaan dan Kg Murungin.

“Kampung-kampung ini mengambil masa empat jam perjalanan dari Ranau, Sebab itu, kita mengadakan perjumaan di Kampung Sarawas bagi memendekka­n masa perjalanan,” katanya.

Ia adalah siri jejalah kempen Sabas di kawasan pilihan raya yang didiami masyarakat Orang Sungai bagi memastikan masyarakat itu mengundi calon-calon BN pada PRU14.

Selaku presiden, Juhari telah diamanahka­n oleh Tagajoh Gayoh Sabas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman agar masyarakat Orang Sungai di seluruh Sabah termasuk di lima kampung di Ranau memberi sokongan padu kepada calon calon-calon BN.

Juhari berkata, BN telah banyak berjasa kepada masyarakat Orang Sungai dan untuk menghargai jasa itu serta untuk terus mendapat pembelaan berterusan, masyarakat itu hendaklah menyokong BN dan memastikan parti itu terus menjadi parti pemerintah selepas PRU14.

Beliau menasihati masyarakat itu agar tidak terpedaya oleh janji kosong pembangkan­g yang banyak menabur janji, yang hanya datangkeka­mpung-kampung ketika pilihan raya sahaja tetapi selepas pilihan raya mereka tidak lagi kelihatan.

Sementara itu, Jakaria berkata beliau akan bekerja keras untuk memastikan ahli Sabas di Zon Ranau terus menyokong calon-calon BN.

 ??  ?? JUHARI (tengah) bersama ahli jawatankas­a Sabas dengan ahli Sabas Zon Ranau.
JUHARI (tengah) bersama ahli jawatankas­a Sabas dengan ahli Sabas Zon Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia