Utusan Borneo (Sabah)

Peluang BN rampas kerusi Kadamaian makin cerah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedamaian semakin cerah selepas parti pembangkan­g beralih sokongan kepada parti itu.

Ketua Bahagian Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) Kota Belud Daibi Mandadi berkata, beliau akan megetuai majoriti ahli jawatankua­sa dan penyokong parti untuk menyerahka­n borang penyertaan ke dalam Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) minggu ini.

“Bukanlah saya tidak suka PAN, saya lebih suka melihat kebaikan rakyat kita dan saya dapat melihat Upko serta calonnya berada di landasan yang betul dalam perjalanan sedemikian,” ka- tanya di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga penatua Sidang Injil Borneo (SIB) telah mendapat surat sokongan daripada Presiden PAN Henrynus Amin untuk bertanding pada pilihan raya umum 9 Mei.

“Saya sudah bersedia untuk menyerahka­n pencalonan saya tetapi apabila disahkan bahawa BN melalui Ewon Benedict dari Upko bertanding, saya memutuskan sebaliknya. Bahagian saya bersetuju dengan saya.

“Matlamat saya memasuki politik adalah untuk kepimpinan terutama rakyat Kedamaian kita. Saya lihat Ewon mampu berbuat demikian, dengan banyak cara, dan tujuan saya tercapai. Saya sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan apabila diperlukan,” katanya.

Daibi berkata, meninggalk­an PAN mungkin bermakna bahagian Kota Belud dibubarkan “tetapi mengikut prosedur, ia adalah panggilan kepimpinan PAN. Saya berharap mereka semua adalah yang terbaik.”

Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang dijadual melawat Kedamaian pada Ahad dijangka menerima permohonan kumpulan itu.

 ??  ?? DAIBI
DAIBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia