Utusan Borneo (Sabah)

Badak Remaja buru kemenangan

- QWEK -Oleh DESMOND

KOTA KINABALU:

Badak Remaja memburu kemenangan ke-12 dalam aksi Liga Kumpulan A, Piala Presiden 2018 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang hari ini.

Pengurus pasukan Mohd Yassin Aman (gambar) memberitah­u, anak-anak buahnya berazam tinggi untuk menyondol Selangor United FC.

“Pastinya hebat jika kita mampu menutup dua perlawanan berturuttu­rut ditempat lawan dengan kemenangan,” jelas merujuk kemenangan 4-0 menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika dihubungi Ahad.

“Semangat para pemain begitu tinggi dan membara. Saya berharap mereka dapat bermain dengan baik dan gigih untuk mencapai kemenangan.

“Sasaran kita ialah membawa pulang tiga mata dari kedua-dua perlawanan ini untuk kita menutup aksi dalam situasi positif sebelum rehat dua bulan,” tambah beliau.

“Pasukan ini telah bersedia pada keseluruha­nnya, dan saya percaya mereka tahu apa perlu mereka lakukan dan kehadiran semula Evan Wensley Wenceslaus dari penggantun­gan perlawanan, menguatkan lagi semangat kita.

“Kita sedar perlawanan petang esok (ini) pastinya bukan perlawanan yang mudah, oleh itu saya mahu semua pemain memberikan yang terbaik,” kata Yassin lagi.

“Semasa pertemuan pertama dalam bulan Mac lalu, kita memenangi dengan 1-0.

“Penyudah merupakan antara bahagian yang perlu kita pertingkat­kan. Sekalipun kita mencatat kemenangan yang agak selesa (menentang ATM), tetapi jika kita lihat dari peluang yang ada, kita sepatutnya boleh mencatat kemenangan yang lebih besar,” tambah beliau.

Pasukan negeri ini kita mengumpula 34 mata selepas mencatat 11 kemenangan, seri sekali dan kalah tiga kali untuk menduduki tangga kedua liga dibelakang Kedah yang mencatat kelebihan jaringan selepas turut mengumpul 34 mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia